PASIR MAS: Kerajaan Pusat akan membina sebuah Balai Seni Budaya 
bernilai RM16.5 juta di Kelantan sebagai langkah memperkasakan 
warisan seni budaya negeri itu, tahun depan.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais 
Yatim, berkata balai itu kelak menjadi simbol pembelaan dan 
pembangunan warisan seni budaya Kelantan.

"Kelantan kaya dengan seni budaya, sebab itu dikenali negeri gedung 
budaya, tetapi kita dapati banyak artifak dan budaya lampau seperti 
wayang kulit, dikir barat, tarian tradisional dan lagu rakyat tidak 
mendapat perhatian kerajaan negeri,katanya selepas merasmikan program 
merapatkan seni budaya bersama penduduk tempatan di Kampung Banggol 
Ara di sini, semalam.

Beliau berkata, jika tidak ada tempat bagi melatih, menggerak, 
mempromosi dan mengumpulkan penggiat seni berbakat, Kelantan pasti 
ketinggalan memajukan seni dan lebih bimbang lagi akan pupus serta 
dikenali generasi masa depan.

"Jadi, pembinaan balai ini (seni budaya) di kawasan seluas 2.24 
hektar di Kota Bharu berita baik kepada penggiat seni dan rakyat 
Kelantan," katanya./Bha 5 Disember





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke