KOTA BHARU, 14 Dis.: Sebanyak empat buah syarikat yang berdaftar di negeri Kelantan telah mendapat status 'MSC-Status Company' yang diikhtiraf oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDC).

Pengiktirafan ini, menjadi kebangaan kepada mereka yang berkaitan dengan industri ICT dan multimedia.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Aiseri Alias sewaktu berucap di Seminar Pembangunan Usahawan ICT, Industri Komunikasi Dan Multimedia Di Malaysia baru-baru ini.

Seminar yang pertama kali diadakan di Kelantan itu, dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), bertujuan memberi ilmu pengetahun yang lebih lagi kepada usahawan ICT dan multimedia di negeri ini.

Dato' Aiseri berkata, teknologi tidak menjadi hebat sekiranya penyediaan perkhidmatan yang biak tidak dapat diatasi. "Betapa hebatnya teknologi diperkenalkan dalam dunia, sekiranya penyediaan perkhidmatan dan kawasan liputan tidak dapat diatasi, teknologi itu hanya dapat dinikmati sesetengah golongan sahaja", katanya.

"Memandangkan jumlah penduduk Kelantan agak ramai, oleh itu perkhidmatan telekomunikasi khususnya telafon mudah alih dan internet jalur lebar di luar kawasan Kota Bharu harus disediakan bagi kemudahan semua orang", katanya lagi.

"Jurang digital antara negara khususnya di Kelantan, harus dikurangkan oleh mereka yang telibat di dalam industri ICT dan telekomunikasi", tambahnya lagi. Teks ucapanya dibaca oleh Timbalan Pengarah UPEN, Encik Shafie Ismail.

Industri komunikasi dan multimedia, merupakan satu industri yang penting yang telah dikenalpasti sebagai menjana pertubuhan ekonomi negara. Oleh demikian penekanan dari pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan negeri.

Program-program kesedaran ICT yang dijalankan oleh kerajaan negeri di bawah Program Kesedaran Sains dan Teknologi merangkumi badan kerajaan, pelajar sekolah, institut pengajian tingi tempatan dan pihak swasta di negeri ini.

Manakala sambutan yang diberikan amatlah menggalakan dan membanggakan. Ini menunjukan ramai, khususnya golongan orang melayu mempunyai bakat dan pontensi untuk berjaya di dalam bidang ini.
 


Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke