Oleh : Ali Hanafiah Mohamed
Laporan Khas dalam TV3 malam semalam (Selasa) telah mengutarakan tentang pembangunan di Koridor Pantai Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam RMK9. Apa yang menarik ialah laporan tersebut telah memberi penekanan kepada peri pentingnya keperluan Pelabuhan di Kelantan.
Kepimpinan politik
termasuk Menteri Besar Kelantan Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli Parlimen Kota Bharu Dato Zaid Ibrahim mempunyai nada dan alunan yang sama tentang keperluan Pelabuhan di Kelantan sebagai pemangkin ekonomi di Kelantan serta di dalam kawasan Koridor Pantai Timur lebih-lebih lagi Kelantan adalah satu kawasan yang paling startegi untuk pembinaan pelabuhan.
Masalah kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya dan pelabuhan adalah merupakan perkara utama yang membantutkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Kelantan dan hal ini diakui oleh semua pihak termasuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Isu Pelabuhan ini sememang telah ditimbulkan oleh Menteri Besar Kelantan sejak beliau mula-mula menerajui kepimpinan Kerajaan Kelantan semasa Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Menteri Besar TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menemui Perdana Menteri ketika itu dan memohon kerjasama daripada Kerajaan Pusat dalam beberapa perkara termasuk pembinaan pelabuhan kerana Kelantan berdepan dengan negara-negara yang mempunyai banyak bahan mentah seperti Laos dan Vietnam dan meningkatkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi memudahkan orang Kelantan membuat perjalanan terus dari Kota Bharu ke destinasi lain di dunia tanpa perlu ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Sekiranya isu pelabuhan ini dimainkan secara berterusan dalam nada
yang positif oleh pihak media dan diperkukuhkan lagi oleh ulasan-ulasan pimpinan politik teruutama dari Kerajaan Pusat, saya percaya ia akan membuah hasil yang positif dan tidak mustahil Kerajaan Pusat akan menimbangkan pembinaannya demi kepentingan Negara dan rakyat.
Sponsored Link
Get an Online or Campus degree - Associate's, Bachelor's, or Master's - in less than one year. __._,_.___
SPONSORED LINKS
Malaysia florist | Florist malaysia |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___