KOTA BHARU: "Harimau itu bagaikan kelaparan ketika menerkam dan cuba 
membaham kepala saya sebaik kami bertembung di lorong pokok getah di 
puncak bukit itu," kata Mek Jah Semail, mangsa terbaru serangan 
harimau di Jeli, kelmarin.

Warga emas berusia 65 tahun itu berkata, dia terus bergelut 
melepaskan diri daripada cengkaman haiwan itu sambil membacakan ayat 
al-Quran, meskipun terjatuh beberapa kali akibat terkaman harimau 
terbabit. 

"Saya bernasib baik kerana ketika pergelutan itu saya sempat mencapai 
kayu sebelum memukul sekuat hati di muka harimau itu sehingga ia 
berundur dan melarikan diri.

"Saya ibarat mati hidup semula kerana terselamat. Sebelum ini, lebih 
lima kali saya bertembung harimau di kebun tetapi tiada kejadian 
tidak diingini," katanya.

Ketika kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, Mek Jah sedang menoreh 
bersendirian di kebun getah kira-kira lima kilometer dari rumahnya di 
Kampung Sungai Long.

Mek Jah berkata, selama ini harimau yang berkeliaran itu kelihatan 
jinak, tetapi mungkin disebabkan kelaparan dan terkejut, ia menerkam 
dan cuba membahamnya.

Beliau yang cedera parah dipindahkan dari Hospital Jeli petang 
kelmarin dan menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab 
II (HRPZ II) dengan 20 jahitan di kepala, leher, lengan dan dada.

Mek Jah berkata, beliau yang menoreh bersendirian kerana suaminya 
uzur sejak empat tahun lalu, terpaksa berjalan kaki kira-kira dua jam 
melalui laluan berbukit.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 
(Perhilitan) Kelantan semalam memasang empat perangkap berumpankan 
kambing dalam usaha menangkap harimau berkenaan.

Selain 10 petugas Perhilitan, operasi memantau harimau itu turut 
dibantu 20 anggota Rela Jeli diketuai Pegawai Rela Daerah, Rusdi 
Junoh dan enam anggota Polis Jeli diketuai Koperal Shaari Ismail.

Timbalan Pengarah II Perhilitan Kelantan, Wan Azali Wan Alwi, berkata 
berdasarkan pemantauan pihaknya mengesan lebih tiga ekor harimau 
belang termasuk sepasang dewasa dan seekor anak berkeliaran di 
kawasan itu.

"Harimau yang menyerang Mek Jah dipercayai anak, berusia sekitar dua 
tahun kerana terkaman harimau dewasa biasanya boleh menyebabkan 
kematian mangsa," katanya.

Sementara itu bercakap ketika melawat mangsa di HRPZ II, semalam 
Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa 
Mohamad, berkata pihaknya menjalankan kempen membersih kebun di Jeli 
bagi mengelak serangan harimau berulang.

Beliau juga berkata, isu harimau mengganas di sekitar Jeli sehingga 
mengancam keselamatan penduduk, khususnya penoreh getah akan 
dibentangkan ke Kabinet, esok bagi mencari penyelesaian terbaik.

Katanya beliau mahu mendapatkan pandangan Kabinet bagi memastikan 
kehidupan ribuan penoreh getah sekitar Sungai Rual, Kuala Balah dan 
Sungai Long, di jajahan ini tidak diganggu haiwan berkenaan.


Beliau kesal dengan kejadian terbaru menimpa penoreh warga emas itu, 
kelmarin.

"Kita memandang serius kejadian ini dan tindakan akan diambil dengan 
membincangkan isu ini dalam Kabinet Rabu ini (esok) untuk mencari 
jalan penyelesaian jangka panjang," katanya.//BHarian

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Kamil Hassan; 
Pengarah HRPZ II, Datin Dr Aeshah Awang dan Pakar Perunding 
Pembedahan HRPZ II, Dr Nik Shukri Nik Yahya.

Mustapa berkata, sejak 2000 hingga 2003, beliau menerima laporan lima 
kematian akibat serangan harimau membabitkan penoreh getah, manakala 
dua lagi cedera parah.

"Kita sudah berhubung dengan Perhilitan mengenai kejadian ini, tapi 
isu utamanya bagaimana kita hendak elak perkara ini daripada terus 
berulang.

"Apabila berlaku kejadian serangan harimau, penduduk takut keluar 
menoreh dan ini akan menjejas pendapatan mereka yang bergantung 
kepada hasil kebun," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan menubuhkan tabung khas bagi membantu 
penoreh getah yang menjadi mangsa serangan harimau di negara ini 
dengan bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000.

"Bantuan ini bersifat sementara kerana yang penting nyawa mereka 
tidak terancam jika tiada jalan mengatasi kejadian ini," katanya.


--- In perakan@yahoogroups.com, abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Re: Jeli : Parah diserang harimau semasa menoreh
>     
> PARAH: Mek Jah di kepala dan belakang
> akibat diserang harimau ketika sedang menoreh 
> di Sungai Long dekat Jeli, pagi semalam.
> JELI: Seorang wanita warga emas cedera parah diserang harimau 
ketika menoreh di kebun getah kira-kira lima kilometer dari rumahnya 
di Kampung Sungai Long dekat sini, semalam.
>              Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Mek Jah Ismail, 65, 
dikatakan bergelut hampir 15 minit dengan harimau itu sebelum dapat 
menyelamatkan diri. Dalam pergelutan itu, Mek Jah dikatakan sempat 
mencapai sebatang kayu dan memukul haiwan berkenaan. 
> 
> Mangsa yang cedera di kepala, leher, tangan serta belakang 
badannya, mendaki bukit lebih 50 meter bagi mendapatkan bantuan 
rakan, Fatimah Omar, 43, yang menoreh di kebun bersebelahan.
> 
> Mangsa dihantar ke Hospital Jeli sebelum dipindahkan ke Hospital 
Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira jam 4 petang semalam, 
untuk rawatan lanjut. Mangsa menerima 20 jahitan dan keadaannya 
dilaporkan stabil.
> 
> Fatimah ketika ditemui berkata, mangsa dipapah sebelum dibawa ke 
rumah adiknya, Senah Ismail, 56, dengan membonceng motosikal seorang 
penoreh.
> 
> Beliau berkata, sebelum ini mereka juga beberapa kali melihat 
kelibat harimau dari jauh ketika menoreh.
> 
> Senah pula berkata, setiap pagi dia membonceng kakaknya ke kebun 
sebelum berpisah di pertengahan jalan kerana kawasan menoreh 
berlainan.
> 
> "Sejak menoreh di situ, saya dan kakak beberapa kali bertembung 
dengan kelibat harimau yang berkeliaran di kawasan itu," katanya.
> 
> Beliau berkata, Mek Jah yang mempunyai lapan anak yang semuanya 
sudah berkeluarga dan tinggal berasingan, mengambil upah menoreh bagi 
menyara hidup bersama suaminya, Ismail Mamat, 82, yang lumpuh.
> 
> Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar 
dan Taman Negara (Perhilitan) Wan Azali Wan Alwi, berkata pihaknya 
akan memasang perangkap mulai hari ini bagi menangkap haiwan itu.
> 
> "Kami akan bekerjasama dengan polis dan Rela. Kawasan itu 
dipercayai menjadi habitat harimau kerana keadaan kebun yang semak.
> 
> "Sebelum ini, Perhilitan dengan kerjasama pelbagai pihak sudah 
memasang papan tanda bagi mengingatkan penduduk supaya membersihkan 
kawasan kebun agar tidak menjadi habitat harimau," katanya.
> 
> INFO
> Kes serangan harimau
> 
>   
> 31 Julai 2000 - seorang lelaki, Mat Daud, mati dibaham harimau di 
Bukit Pedah, Kuala Balah dekat Jeli.
> 
>   
> 8 Julai 2001 - seorang penduduk, Mohd Zaid Abdul Manas, mati 
diserang harimau di Kampung Sungai Relak, Jeli.
> 
>   
> 5 Mei 2002 - seorang peneroka, Nik Mariam Ibrahim, mati dibaham 
harimau di Felcra Berdang B, Jeli.
> 
>   
> 7 Julai 2002 - seorang penoreh, Siti Eshah Hamat, 48, ditemui mati 
dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau di Kampung Jalan 
Malaysia, Jeli.
> 
>   
> 5 Ogos 2002 - seorang penoreh, Abdullah Mamat, 40-an, cedera parah 
di muka dan kepala akibat diserang harimau di Kampung Sungai Satan, 
Air Lanas, Jeli.
> 
>   
> 26 Ogos 2005 - seorang penoreh, Rokiah Latif, 45, mati diserang 
harimau di Kampung Pasir Dusun, Jeli.
> //BHarian
> 
>  Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com
>


Kirim email ke