Takziah kepada anak ini,semoga dia dicucuri rahmat. Anak ini adalah anak saudara Wanjo. Wanjo talipon kawe kemarin,dio lorat kelik Kelate psl nk wat ngatik.
abuhafizd <[EMAIL PROTECTED]> wrote: TUMPAT: "Sehari sebelum kemalangan, arwah menyuarakan niatnya mengikuti kursus jenazah bagi tabung khairat kematian di taman perumahan tempat tinggal kami," kata kata Mohd Haris Husin, 41. Mohd Haris adalah bapa Fatin Najihah, 12, yang terbunuh selepas dilanggar lori di hadapan Sekolah Menengah (SM) Maahad Muhamadi, Pasir Pekan, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, permintaan Fatin itu membuatkan dia terkejut kerana walaupun usia masih terlalu muda, sudah berminat untuk menghadiri aktiviti sedemikian. Bagaimanapun, katanya, apabila apabila ditanya mengenai hasratnya itu, Fatin mahu membatalkan rancangannya itu tanpa sebab. Menurutnya, arwah anaknya itu juga berkelakuan ganjil apabila begitu baik dan mesra dengan kakaknya, Fadlin Shakina, 14, dan adik, Mohd Haikal, 6. Katanya, sikap Fatin itu tidak dipandang serius. Mohd Haris berkata, cuma yang menghairankannya adalah niat arwah mahu mengikuti kursus pengurusan jenazah kerana rakan seusianya pasti tidak terlintas hendak berbuat demikian. "Cuma, saya agak terkilan kerana hasratnya mengikuti kelas Bahasa Arab tidak tercapai," katanya di rumahnya, di Kampung Kutan, dekat sini, semalam. Fatin dipercayai dilanggar lori ketika dalam perjalanan pulang selepas mengikuti kursus intensif Bahasa Arab di sekolahnya, jam 11.40 pagi. Kanak-kanak itu parah di kepala disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Mohd Haris yang juga pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak, Kota Bharu, mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu menghantar anaknya ke hospital selepas dilanggar lori. //HMetro Yahoo! Groups Links --------------------------------- Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.