Kelantan perlu lebih ke hadapan tangani Mat Rempit

Gejala sosial yang melanda negara kita bukanlah perkara baru. Satu 
demi satu perlakuan dn tindak tanduk remaja yang pada peringkat umur 
sedemikian suka mencuba dan mempunyai krisis identiti sebelum 
menjejaki alam kedewasaan. 

Umum mengetahui sogokkan hiburan yang diberikan atau yang dicari 
sendiri oleh golongan ini melalui pelbagai kaedah dan sumber di dalam 
dunia langit terbuka sekarang ini lebih banyak memberi kesan yang 
negatif dari positif kepada mereka. 

Program program untuk memupuk sikap yang lebih murni dan bertoleransi 
mungkin tidak sepopular program program hiburan namun memberi kesan 
yang baik kepada tahap kesedaran pada sesetengahnya dan mengimbangi 
sebahagian yang lain. 

Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah dianggap 'jumud' dari sudut 
hiburan melalui sekatan dan enakmen hiburan yang diterimapakai. 

Namun pemikiran mereka yang saban hari digempur dengan halal dan 
haram sedikit sebanyak akan terlekat dan memberikan hasil yang 
positif. 

Samada isu melonggarkan akta hiburan mahupun membuka ruang kepada 
hiburan yang dianggap kontroversi sebelum ini bukanlah isu. Isunya 
adalah kebanjiran hiburan yang berlaku di kalangan umat Islam 
khususnya untuk golongan remaja melalui pelbagai program yang bukan 
hanya menagih hiburan dan keseronokan malahan menghabiskan wang yang 
bukan sedikit. 

Budaya Mat Rempit yang dikira menarik perhatian sesetengah golongan 
muda bukanlah mudah untuk ditangani. 

Saya amat bersetuju dengan YAB Menteri Besar Kelantan bahawa undang 
undang dan polis semata mata tidak akan mampu mengawal budaya budaya 
sebgini dari tumbuh subur. Hakikatnya program program yang menarik 
minat remaja perlulah dikembalikan. 

Agenda pembangunan tidaklah patut mengkesampingkan kawasan kawasan 
riadah dan aktiviti yang menyihatkan. 

Program program merapatkan ahli keluarga perlu lebih banyak dan 
berkesan. Pertandingan pertandingan yang mencungkil bakat seni dan 
sukan perlulah digalakkan. 

Aktiviti seperti karnival sukan, sambutan tahun baru dengan cara yang 
lebih bermakna seperti barbeque perdana, colek perdana dan aktiviti 
gotong royong perlu dipergiatkan. program motivasi dan kaunseling 
perlu diperbanyakkan. 

Kerjasama semua pihak terutamanya sekolah sekolah dalam 
memperbanyakkan aktiviti aktiviti untuk membuka minda dan 
memperkembangkan potensi individu yang positif perlu dipertingkatkan. 

Semoga dengan aktiviti sebegini akan melahirkan generasi yang cergas 
dan lebih jauh pemikirannya dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. 
//Rosli KB-Hrkh 


Kirim email ke