KOTA BHARU, 7 Dis - Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, 
Zainuddin Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Din Kubur Maras’ meninggal 
dunia kira-kira pukul 11.00 pagi 3 Disember lepas setelah menderita penyakit 
buah pinggang sejak September lalu.      Allahyarham (GAMBAR) yang juga Ahli 
Majlis MPKB-BRI meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, setelah 
dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan susulan sejak seminggu lalu.   
Beliau meninggalkan balu, Som Yaacob, 40 serta lapan orang anak dan tujuh 
daripadanya masih belajar.      Som, ketika ditemui memberitahu suaminya 
didapati menghidap masaalah buah pinggang, dan sering dirawat di hospital dan 
semakin kritikal menjelang Ramadan lalu.      “Dalam seminggu ini keadaannya 
semakin tenat sehinggalah akhirnya allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 
11.00 pagi semalam.      Som memberitahu beliau, ibu mentuanya, Rokiah Mat 
Hassan, 60 serta saudara mara terdekat berada di sisi sebelum allahyarham
 meninggal dunia.   Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Maras, 
selepas solat Asar petang semalam.      Zainuddin pernah ditahan di bawah ISA 
tahun 1987 bersempena Operasi Lalang dan dibuang daerah ke Gua Musang.      
Antara lain beliau pernah diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Unit Amal Pusat 
dan Setiausaha PAS Kawasan Kota Bharu.      Yang Dipertua PAS Kawasan Kota 
Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata pemergian allahyarham amat 
sukar dicari ganti memandangkan beliau begitu komited melaksanakan program 
kemasyarakatan untuk rakyat dan parti.      Rahim yang juga Speaker Dun 
Kelantan,memberitahu PAS Kawasan akan membantu keluarga allahyarham terutama 
dari segi sokongan dan bantuan kewangan.      “Ini amat penting memandangkan 
isteri allahyarham tidak bekerja sebelum ini dan apabila takdir ini telah 
menimpa isterinya, setakat ini tiada lagi sumber rezeki. - //Hrkh 

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke