KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan diminta menyelesaikan segera 
penempatan semula penduduk beberapa kampung yang sering ditenggelami 
air sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, Tanah 
Merah.

Setiausaha Umno bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail, berkata 
keengganan kerajaan Pas bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Kelantan 
Selatan (Kesedar) menyebabkan masalah penduduk itu berlarutan lebih 
16 tahun.

"Pada akhir 1980-an, penduduk Kampung Panjang Lama dan sekitarnya 
merayu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan supaya 
menyelesaikan masalah banjir yang mereka hadapi. 

"Ekoran itu, Kerajaan Pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 
(Kesedar) membeli tanah seluas 50 ekar di Kampung Baru Panjang dari 
Ladang Perla untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan semula 
penduduk," katanya.

Beliau berkata, Kesedar juga membangunkan prasarana seperti tiang 
elektrik, paip air dan masjid di kawasan itu serta memecahkan tanah 
itu kepada 165 lot untuk menempatkan penduduk kampung yang terbabit.

"Malangnya, sebelum lot itu sempat dibahagikan kepada penduduk, Pas 
mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990, menyebabkan 
pemindahan penduduk tergendala kerana Pas mahu membuat pemilihan 
sendiri.

"Kelewatan itu menyebabkan pelbagai prasarana yang dibina Kesedar 
terbiar hingga kini termasuk masjidnya yang telah runtuh dan menjadi 
tempat muda-mudi membuat maksiat dan menagih dadah," katanya.//BHarian


Kirim email ke