Assalamualaikum, saya ingin mengetahui macamana untuk memohon 
jawatan di UMK.
Terima kasih



--- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi menerima kira-kira 30 
guni 
> surat permohonan bagi mengisi 176 jawatan di Universiti Malaysia 
> Kelantan (UMK), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa 
Mohamed.
> 
> "Saya tidak menduga kekosongan jawatan di UMK mendapat sambutan 
> memberangsangkan sehingga sejumlah kira-kira 30,000 surat 
permohonan 
> diterima untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.
> 
> "Kajian kita mendapati pemohon jawatan di UMK merangkumi dua 
kategori 
> utama iaitu anak tempatan dan mereka yang ingin mengembangkan 
> kerjaya," katanya selepas perjumpaan dengan pengetua, guru besar 
dan 
> Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah di sini, semalam.
> 
> Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 
> Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Muhammad Idiris Saleh; 
> Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Mafauzy Mohamed dan 
> Pengarah Hospital USM, Dr Zaidun Kamari.
> 
> Beliau berkata, sebahagian besar daripada permohonan yang diterima 
> ialah daripada anak tempatan yang sudah bekerja sama ada dengan 
> kerajaan atau swasta tetapi memohon berkhidmat di UMK.
> 
> "Termasuk dalam kumpulan ini adalah anak Kelantan yang ketika ini 
> bekerja di merata tempat di luar Kelantan terutama di Kuala Lumpur 
> tetapi berhasrat kembali menabur jasa di tanah kelahiran.
> 
> "Kumpulan kedua pula membabitkan mereka yang baru menamatkan 
> pengajian dari institut pengajian tinggi (IPT) tempatan atau di 
luar 
> negara serta belum ada pekerjaan.
> 
> "Kita menghargai minat yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak untuk 
> berkhidmat dengan UMK dan berharap ia menjadi petanda universiti 
ini 
> kini berada pada landasan yang betul untuk mencapai kejayaan," 
> katanya.
> 
> Dalam perkembangan berasingan, Mustapha berkata, kerajaan menerima 
> hakikat ada rakyat Malaysia memilih bekerja di luar negara sama 
ada 
> dengan syarikat tempatan atau asing.
> 
> "Sebagai sebuah negara pesat membangun, tentu kita mahu lebih 
ramai 
> rakyat menyumbang kepada negara tetapi kita sedar tidak mampu 
> menyediakan peluang yang lumayan seperti ditawarkan negara luar 
> kepada semua.
> 
> "Sebab itu kita tidak menghalang apabila ada memilih bekerja di 
luar 
> negara, lebih-lebih lagi jika bekerja dengan syarikat tempatan 
> khususnya di negara seperti di Arab Saudi dan Sudan.
> 
> "Mereka berbuat demikian untuk menimba pengalaman atau 
meningkatkan 
> kedudukan ekonomi keluarga, tetapi kita yakin suatu hari nanti 
mereka 
> akan kembali untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
> 
> "Bagaimanapun, dalam bidang tertentu yang kita masih kekurangan 
> seperti perubatan, farmasi dan saintis, kita menggalakkan mereka 
> pulang berkhidmat di sini selepas menamatkan pengajian," katanya.
> 
> Terdahulu, Mustapa turut menerima sumbangan kelengkapan bantuan 
> pesakit bernilai RM40,000 daripada Persatuan Alumni Doktor USM 
(Padu) 
> untuk kegunaan HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.//BHarian
>


Kirim email ke