sama²lah kita berdoa gar semuanya berjalan dgn lancar
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Wed, 30 Jan 2008 23:23:47 -0800Subject: [perakan] Mesyuarat Agung Perakan Assalamualaim w.b.t. Ambo ada dengar cerita, kabarnya Perakan Malaysia akan mengadakan mesyuarat agung tahunan yang kedua pada pertengahan Feb 2008 ini, segala persiapan mesyuarat sedang giat dijalankan oleh pihak jawatankuasa, namun, tarikh dan lokasinya masih belum ditentukan dan disahkan, kemungkinan Sek Agama Al-Amin, Gombak menjadi pilihan utama sebagaimana beberapa program Perakan yang telah diadakan ditempat yang sama sebelum ini. Apa yang menarik perhatian ambo ialah mengenai pemilihan jawatankuasa, ; walau pun mesyuarat agung tahunan pada tahun 2008 ini adalah mesyuarat tahunan biasa dan tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa (mengikut perlembagaan semasa pemilihan diadakan pada tahun 2009), namun ada ‘desas desus pot pet pot pet’ kedengaran ada ‘pihak’ yang cuba untuk “membawa usul supaya diadakan pemilihan jawatankuasa” dengan alasan kononya jawatankuasa yang sedia ada tidak mampu membawa hasrat dan objektif yang disasarkan oleh persatuan. Pihak jawatankuasa pula kabarnya juga akan membawa usul pada mesyuarat ini iaitu “usul untuk meminda perlembagaan yang antara lain berkaitan pemilihan jawatankuasa”, sekiranya pindaan ini diluluskan pada mesyuarat kali ini, maka pemilihan ahli jawatankuasa mungkin tidak dibuat pada tahun 2008. (pemilihan 3 tahun sekali?) Walau bagaimana pun, sekiranya mesyuarat tahun ini akan diadakan seperti yang dijangkakan, ambo harap semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini dan boleh memberi kesan negative kepada hubungan baik yang telah sedia terjalin antara ahli. Seandainya ada sebarang perasaan tidak puas hati di kalangan ahli atau apa jua masalah persatuan, diharapkan pihak jawatankuasa yang sedia ada dan pihak-pihak yang lain boleh mengatasinya secara hikmah dan bertoleransi. “SELAMAT BERSIDANG’’ Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. _________________________________________________________________ Connect and share in new ways with Windows Live. http://www.windowslive.com/share.html?ocid=TXT_TAGHM_Wave2_sharelife_012008