sesiapa yang nak balik mengundi tiada pengangkutan sila hubungi saya 
012-3268027 atau [EMAIL PROTECTED], insy kita cuba bantu


Ali Hanafiah

--- In perakan@yahoogroups.com, "Ali Hanafiah" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KUALA LUMPUR, 17 Feb - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik 
> Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan anak-anak Kelantan yang berada di 
> perantauan supaya pulang pada hari mengundi pada 8 Mac nanti untuk 
> menunaikan kewajiban memilih pemerintah yang menjamin keselesaan 
dan 
> keamanan rakyat. 
> 
> "Bila mengundi kena balik, nak balik tak kira siapa yang suruh 
balik 
> sama ada PAS ke Umno ke tapi yang penting mesti balik dan pangkah 
> PAS," katanya ketika berucap dalam program 'Temu mata anak Kelate 
> 2008' anjuran persatuan anak-anak Kelantan (Perakan) di dewan 
utama 
> Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini, petang tadi. 
> 
> Dalam ucapan itu beliau turut membidas tindakan pimpinan Umno yang 
> besungguh-sungguh mahu merawat Kelantan. 
> 
> Beliau berkata, apa penyakit yang telah menyerang rakyat Kelantan 
> sehingga seluruh pimpinan Umno berusaha bersungguh-sungguh mahu 
> merawat Kelantan. 
> 
> Katanya, kalau rakyat Kelantan diserang sakit, kulit, jantung atau 
> sakit fizikal sudah lama hospital membuat rawatan tersebut. 
> 
> Menurut beliau jika pimpinan Umno mahu merawat penyakit fizikal 
> kerajaan Kelantan sudah lama menyediakan pelbagai kemudahan di 
> hospital dengan kepakaran doktor untuk mengubati penyakit. 
> 
> Sebaliknya tambah beliau, jika penyakit rohani tidak ada manusia 
> yang boleh mengubatinya kecuali dengan hikmah al-Quran. 
> 
> Beliau melahirkan kebimbangan dengan kehidupan manusia yang 
semakin 
> hari terdedah dengan pelbagai gejala sosial. 
> 
> Katanya, rohani manusia sekarang sedang sakit sebab itu timbul 
> masalah rogol, penculikan kanak-kanak, dadah dan sebagainya. 
> 
> "Hendak merawat penyakit manusia, kami tahu nak merawatnya. Orang 
> Umno yang sakit bukan orang PAS. Dia sakit kulit hendak jual ubat 
> kulit, mana boleh," katanya. 
> 
> Beliau turut mengingatkan seluruh ahli Perakan bahawa Allah kempen 
> kepada umat-Nya supaya beragama untuk memudahkan menguruskan hawa 
> nafsu. 
> 
> Ini kerana katanya, nafsu itu menjadi punca melakukan kejahatan 
dan 
> ketakwaan kepada Allah SWT. 
> 
> Tambah beliau, orang yang cerdik adalah orang yang memaksa 
hidupnya 
> untuk menghalang nafsu jahat daripada menguasai kehidupan bagi 
> menjamin kebahagiaan hidup selepas mati.//hrkh
>


Kirim email ke