Menarik sekali cerita telur udang yang diceritakan oleh Pakcu. Pakdo merasa terhibur kerana udang dan telurnya adalah antara makanan yang pakdo gemar.
Tapi pakdo jarang makan udang, terutamanya udang galah kerana harga udang galah adalah agak mahal berbanding dengan keupayaan perbelanjaan pakdo. Pakdo sekali sekala makan juga telur ikan. Cerita tentang makan telur ikan ni, adakalanya pakdo terfikir. Betapa ruginya pakdo kerana makan beribu-ribu telur ikan untuk sekali suap. Malang sekali bagi si ibu ikan kerana berjaya diperangkap ketika sedang bertelur. Kalaulah telur-telur itu dibiarkan menetas dan menjadi anak ikan, kemudian menjadi remaja ikan kemudian menjadi ikan dewasa dan kalau sempat menjadi ikan tua . Pakdo kalau fikirkan benda-benda ni, alamatnya pakdo tak bolehlah makan telur ikan. Tapi adakalanya pakdo tak fikirkan sampai sejauh itu lalu pakdo makan juga telur ikan dengan berselera sekali. Cerita pakdo ni tidak ada lapis-lapisan tertentu kerana ianya bukan cerita tetapi hanya sebuah catatan yang lahir daripada apa yag pakdo terlintas ketika ini. Hormat selalu daripada Pakdo
