Salam... Betul sebagaimana kata Pakdo....dulu lain, sekarang ni lain. Dulu...masa tok ayoh muda-muda dulu...tok ayoh cukup terpikat dengan anak-anak gadis dan anak-anak muda kita. mereka cukup berhemah. bertomaninah. berpekerti mulia. Masa tu mana kita ada dengar kerajaan bukan Pusat Serenti. Masa tu mana kita ada dengar kerajaan tambah lokap. dan Masa tu mana kita ada dengar anak-anak muda terlibat dalam penagihan dadah dan anak-anak dara bunting sebelum dinikahkan. Sekarang ni...Astarfirullah haazim...macam-macam kes yang tok ayoh dengar. Anak muda kena tangkap kerana edar dadah.... Anak muda kena tangkap kerana menagih dadah... Anak muda kena tangkap kerana mencuri, merompak, menyamun dan meragut. Begitu juga dengan anak-anak dara kita zaman loni... Macam-macam yang sampai ke telinga tok ayoh. Ada yang buang anak tepi longkang Ada yang busung sebelum kawin... dan Ada yang berusung sana berusung sini. Apa dah jadi dengan anak-anak muda dan dara kita ni. Tok ayoh pun ada anak yang dah besar panjang. Tapi Alhamdulillah, setakat ni anak-anak tok ayoh semuanya berdisiplin.Sebelum tok ayoh tutup mata, tok ayoh sempat tengok anak-anak tok ayoh membesar depan mata. Setiap pergerakan mereka tok ayoh tau. Semalam, masa tok ayoh senggeng senggeng dengan tok nek, tok ayoh ada bual-bual sikit pasal masa depan anak-anak tok ayoh. Tok ayoh bagitau pada tok nek...esok kalau kita nak cari menantu, kita kena betul-betul hati-hati. Bukan apa...takut nanti termenantu yang dah ditebuk tupai kepala hitam. Apa taknya, masa tok ayoh round round dengan tok nek di Kota Bharu dan bandar-bandar di Kelate ni, tok ayoh dan tok nek dihidangkan dengan anak dara bergendong dengan pasangan masing-masing. Pulak tu pakaian si anak dara dan si jantan tu...hanya Tuhan saja yang tau. Pernah tok nek merungut bila tengok pasangan muda mudi bergendong motor sambil peluk-peluk. Si anak dara pulak pakai seluar yang nyaris nampak lurah monggeng. kedua-dua tangan letak atas paha si jantan, manakala si jantan pulak sengaja pakai baju jaket terbalik. kononnya nak sembunyikan tangan di anak dara yang.... Astarfirullah...apa nak anak dara zaman sekarang ni. Sebab tulah tok ayoh bagitau kat tok nek..."Kita ni kalau nak cari menantu kena biar-biar dara. Bukan dara pada nama saja, tapi isi dalam dah kulai. Tok nek setuju dengan pendapat tok ayoh....apa kata pakdo dan pakcu? Kadang-kadang tok ayoh pikir jugak, kemana perginya mak bapak dia orang? Takkan mak bapak dia orang tak tau pergerakan anak-anak mereka? Takkanlah anak kata nak keluar tuisyen, turun dengan baju singkat, seluar ketat? Takkanlah mak bapak tak ada mulut nak tegur. Takkanlah mak bapak tak ada mata nak tengok pakaian anak-anak. Takkanlah tuisyen habis sampai 12 malam atau lebih. Heeeee....kadang kadang tok ayoh nangis sorang-sorang mikirkan keadaan muda mudi masa kini.
--------------------------------- Finding fabulous fares is fun. Let Yahoo! FareChase search your favorite travel sites to find flight and hotel bargains. [Non-text portions of this message have been removed]
