Semasa saya dan Ong mengepalai Sinar Harian di Kota Bharu, saya selalu 
sebut-sebut nama saudara. Ong seperti sedikit terkejut apabila saya menyebut 
nama Ebeng. Mungkin dia tak sangka saya juga mengenali kawannya. Saya kata 
kepada Ong, "Aku mengenali Azlee (masa tu Lee Chong Beng) pada tahun 1982 atau 
1983 lagi (dah lupa). Ketika itu aku mengikuti kursus kem bina semangat (Satu 
Bahasa Satu Bangsa) di Danau Tok Uban, Pasir Mas.
   
  Aku masih ingat, ada dua kawan bukan Islam ketika itu iaitu Ebeng dan Wilai 
Ah Jok. Sejak itu aku belajar daripadanya mengenai dunia penulisan. Sebabnya 
ketika itu, kalau tak silap aku dia menulis untuk Berita Harian dan terpaparlah 
gambar beberapa peserta kem dalam paper tu.
   
  Ong mula tenang bila saya ceritakan kisah saya mengenali Ebeng. Selepas itu 
kami rancaklah berbual pasal kawan-kawan lama sehingga menyebut nama Awang 
Abdullah, Lim Swee Tim dan ramai lagi.
   
  Kini setelah Karangkraf buka Sinar Harian di Pahang, maka terlerailah ikatan 
aku dengan Ong. Dia di sana, aku di sini (macam tajuk lagu Kazar) untuk 
sama-sama berjuang dalam dunia kewartawanan.
   
  Kepada Lee dan isteri...SELAMAT MAJU JAYA DALAM PERNIAGAAN. 
   
  Nantilah, kalau ada jodoh, saya akan tempah kek dua tingkat.
   
   
  
azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          saya baru sampai ke pekan setelah tiga hari dik kuala lumpur. 
jumaatlah lepas saya dan isteri ke kuala lumpur atas urusan keluarga dan sikit 
hal niaga. (isteri saya telah menjadi pengusaha kek) dalam perjalanan kami 
membaca Sinar Harian dan kami bersembang tentang zaman lampau kami di 
karangkraf. Isteri saya kata dia dah lupa wajah Ong Boon Teck. Saya kata, suatu 
hari kita akan bertemu dia. kini dia di kuantan.

ditakdirkan Allah, kami singgah makan di R&R hingway temerloh, sedang memesan 
makanan, saya tersentuh lengan seseorang yang agak tinggi... rupanya Ong... 
kami berpelukan setelah lebih 18 tahun tidak bersua muka, hanya bertanya khabar 
melalui tel dan sms sahaja. 

kata Ong dia nak ke genting... ada heli jatuh... 5 askar ... dan hingga saat 
saya menaip ini jam 6.00 petang Ahad, heli itu belum ditemui... Ong bersama 
tiga teman Sinar Harian yang lain. Petang tadi jam 3.00 saya sampai di rumah, 
solat dan tidur kerana dah 4 hari demam, tapi masih meratap merayau hingga ke 
KL. Hospital beri MC tapi saya tolak.

Apabila terbuka email Edi dan Manzaidi, terbaca berita sedih.. kita kehilangan 
seorang kawan.. Al-Fatihah untuk nya, semoga Allah menempatkan Allahyarham 
bersama mereka yang soleh... amin..

azli

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Siapakah Mohd Sukari.

Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Daerah Gua Musang , kelantan
pada pukul 11.30 malam 13 Julai 2007 dipercayai akibat serangan jantung.

Mohd Sukari bin Ab. Rahman atau menggunakan nama pena Khaufi Rajaei
dilahirkan pada tahun 1961 (46 tahun yang lalu) dibesarkan di Kg. Banggol
Sentol Pasir Mas.

Selepas bersekolah beliau masuk maktab perguruan dan menjadi guru .
Kira-kira 20 tahun bertugas di SK Palekbang , Tumpat, Kelantan. Awal tahun
2007 bertukar ke SK Sri Wangi , Gua Musang.

Berkahwin dengan Khalijah bt Ishak yang berasal di Kg. Kok Pasir, Tumpat.
Dan dikurnia 7 orang anak (6 perempuan dan seorang lelaki).

-Menetap di Kok Pasir lebih 20 tahun.

Semasa sebagai guru Mohd Sukari kemudian melanjutkan pelajaran dan
memperoleh ijazah Pengajian Melayu (Sains Politik)beberapa tahun yang
lalu.

Selain menjadi guru, Mohd Sukari merupakan seorang aktivis masyarakat
terutamanya di Kampung Kok Pasir dengan menganggotai beberapa persatuan
sukarela seperti GDW sebagai pengerusi Biro Pendidikan.
Tabung khairat sebagai Ajk, Komuniti policcing sebagai Bendahari, KRT, dan
pernah sebagai AJK PIBG di SK KOK Pasir juga turut sebagai Ajk beberapa
persatuan peringkat Daerah Seperti Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)

Mohd Sukari telah mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal tahun
2000 dan menyertai persatuan penulis Tumpat dan dilantik sebagai AJK
sehingga saat kematiannya.

Walaupun hanya beberapa tahun sempat bergerak aktif bersama penulis di
Kelantan dan sempat mengikuti puluhan bengkel dan kursus penulisan, beliau
telah berjaya menghasilkan puluhan buah cerpen , rencana dan sebagai tanda
kenangan beliau sempat menyiapkan sebuah novel "Selamat tinggal semalam".

Menurut balunya, beliau tidak sempat menyiap dua buah novel yang sedang
digarapnya.

Mohd Sukari juga sejak beberapa bulan yang lalu telah menyertai sebagai
salah seorang wartawan Sambilan di Akhbar Sinar Harian dan agak banyak
menulis terutamanya di ruangan berita Daerah Gua Musang dan ruangan dari
sekolah ke sekolah.

***

Catatan Ediramle

Jumaat 6 Julai 2007 (minggu lepas ) adalah merupakan perjumpaan terakhir
antara saya dengan Mohd Sukari.
Beliau telah balik ke Kok Pasir dari Gua Musang pada hari Jumaat. Beliau
hubungi saya dan kami sempat berbincang terutamanya hal berhubung dengan
bidang penulisan.

Sukari berkata dia sedang hasilkan dua buah novel untuk diterbitkan dan
bercadang untuk meneruskan bidang penulisan berita di Siar Harian ,
katanya dengan menulis sekurang-kurangnya dapat memberi sumbangan buah
pemikiran untuk masyarakat.

Dia beritahu saya yang permohonan bertukar balik ke Tumpat agak sukar
untuk tahun ini dan katanya kalau diizinkan Allah tahun depan mungkin baru
boleh bertukar balik.

Katanya tinggal di Gua Musang tidak jadi masalah, cuma kalau untuk hadiri
perjumpaan penulis dan aktiviti masyarakat setempat di kampung laman
beliau agak sukar untuk hadir.

Beliau berkata kalau ada kesempatan beliau akan balik selalu dan
berbincang tentang penulisan dengan saya untuk sentiasa menyuntik semangat
dalam penulisan.

Kemudian beliau balik.

13 Julai 2007 - Pukul 9.00 malam , saya terima panggilan telefon daripada
no hpnya panggilan dibuat oleh anaknya memberitahu saya yang Mohd Sukari 
tidak dapat hadir ke perjumpaan pemberita Sambilan yang akan (ketika itu)
diadakan di Pejabat Sinar Harian di Pengkalan Chepa. Beliau sering hubungi
saya dalam aktiviti bercorak penulisan.

Anaknya beritahu saya yang arwah telah pengsan dan dimasukkan ke hospital
daerah .

Saya tanya anaknya , apa sebabnya, anak arwah beritahu, iana berlaku
secara tiba-tiba saja bila arwah mengadu pening-pening dan sukar bernafas.

Saya kata, saya akan maklumkan kepada sdr Manzaidi dan rakan-rakan pada
perjumpaan esok.

Jam 5.30 pagi. Seorang ajk pesisir, sdr. Shukor Salleh telefon saya
mengatakan Mohd Sukari telah meninggal dunia, tapi belum sah.

Saya lihat ada satu mesej daripada sdr. SU GB4B Kok Pasir, sdr Wan Hashim
Ismail mengatakan Mohd Sukari telah meninggal.Saya hubungi balik sdr. Wan
Hashim untuk pengesahan untuk saya sebarkan kepada rakan-rakan terutamanya
rakan-rakan penulis di Kelantan.

Apabila saya dapat mengesahkannya , saya tulis mesej ringkas mengenai
berita tersebut dan kirimkan kepada semua ajk pesisir dan kepada
rakan-rakan penulis Kelantan yang saya simpan no hp.

Saya hubungi sdr ketua 2 pesisir , Anuar Musa untuk memaklumkannya.

Beberapa respon saya terima seakan tidak percaya dan mengucapkan takziah.

Pukul 8.30 pagi saya tumpangi kereta Sdr. Anuar Musa ke Pengkalan Chepa
untuk menghadiri perjumpaan wartawan sambilan Sinar Harian.
Saya memaklumkan kepada semua rakan-rakan pemberita sambilan dan juga sdr
Manzaidi selaku ketua pemberita.

Kami sedekahkan Fatihah untuk Allahyarham. Kira-kira pukul 1.00 tgh
perjumpaan tamat. Semua pemberita sambilan yang hadir berpuas hati dengan
penerangan yang diberikan.

Saya dan sdr. Anuar Musa (Ketua 2 Pesisir) terus hubungi seorang lagi ajk
pesisir iaitu Wakdin untuk menziarahi Allahyarham Mohd Sukari di Banggol
Sentol yang telah dibawa balik dari Gua Musang.

Setelah beberapa kali bertanya lokasi, kami sampai di rumah keluarga
Allahyarham.

Kami sempat bertemu keluarga dan anak-anaknya . Empat anaknya berada di
sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi sempat balik.

Semasa kami sampai Jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan dan baru
selesai dikebumikan.

Saya kehilangan seorang kawan yang sering berbincang mengenai penulisan
menumpangkan saya ke bengkel-bengkel penulisan di DBP dan sebagainya.

Kok pasir kehilangan seorang lagi sukarelawan kampung , pesisir kehilangan
seorang ajk yang aktif dan lebih lagi anak-anak dan isterinya kehilangan
seorang ayah dan suami .

Bagaimanapun itu adalah kehendak Tuhan, Manusia hanya merancang dan yang
menentukannya adalah Allah yang maha berkuasa.

Sukari telah pergi ketika berusia 46 tahun dan masih banyak perkara yang
belum selesai.

Kekuatan yang saya lihat pada Alahyarham ialah keazaman dan kekuatan
eribadi yang tinggi.

Beliau sentiasa belajar sebagai contohnya semasa telah menjadi guru beliau
sambung belajar untuk perolehi ijazah sebagai panduan kepada anak-anaknya.

Apa yang saya tahu rupanya di sebalik itu beliau juga merupakan seorang
yang mahir dalam ilmu alquran dan sering menadah kitab serta empelajari al
quran daripada seorang guru quran yang terkenal iaitu ustaz nik jaafar di
Pasir Mas.

Pemergiannya merupakan cobaan besar kepada keluarganya , terutama kepada
anak-anaknya yang telah dibentuk dengan nilai-nilai murni. Semoga
anak-anak beliau akan berjaya dan terus berjaya.

*Catatan ini adalah sebagai peringatan daripada seorang sahabat kepada
seorang sahabat sebagai kenangan-kenangan yang tidak dilupakan.

untuk lihat gambar Allahyarham

http://www.pesisir.net

Ediramle Ismail

---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

[Non-text portions of this message have been removed]



         

       
---------------------------------
Choose the right car based on your needs.  Check out Yahoo! Autos new Car 
Finder tool.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke