Pakdo dengar berita dan cerita saing-saing pakdo seorang demi seorang pergi untuk tidak kembali lagi , banyak pula daripada kalangan mereka yang pergi seperti tanpa sebarang tanda awal.
Pakdo rasa kecut perut juga kerana pakdo sememangnya masih kurang bersedia untuk pergi selamanya. Banyak agenda pakdo yang belum selesai, banyak perkara yang pakdo patut buat tapi belum pakdo buat. Zaman sekarang ni banyak sangat unsur-unsur yang merosakkan kesihatan seperti amalan permakanan dan tabiat tidak mahu melakukan kerja berat. Ada saing-saing pakdo yang tidak pernah pijak tanah seminggu sekali pun, turun rumah naik kereta, turun kereta masuk pejabat, keluar pejabat masuk shoping , untuk dapatkan makanan tak perlu sebahagian saing pakdo pergi tebas hutan, tak perlu berpanas menyangkul untuk tanam sayur. Senaman yang berterusan itu penting, memilih makanan yang berkhasiat dan menepati sukatan yang diperlukan adalah perlu untuk menjaga kesihatan. Benar hidup mati itu adalah bukan urusan manusia yang menentukan, tapi kena juga jaga kesihatan dengan tidak membiarkan penyakit zaman sekarang melanda . Pakdo ada darah tinggi, sepatutnya pakdo kena bersenam bersama-sama warga Emas rakan-rakan yang seusia dengan pakdo. Dalam usia nak masuk 70 puluhan ini , pakdo seperti merasakan belum puas untuk menghirup udara segar dan nyaman di negara kecintaan ini. Pakdo seperti nak bersajak seperti yag disajakkan oleh penyair besar Indonesia Chairil Anwar , yang katanya aku ingin hidup seribu tahun lagi. Tapi walaupun telah meninggal dalam usia 20-an , karya-karya chairil Anwar masih hidup hingga sekarang . Hormat selalu daripada Pakdo
