---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: Fwd: PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KANAK-KANAK 2007
From: "webmaster DBP" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KANAK-KANAK 2007
Tuan/Puan,
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KANAK-KANAK 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu
Kanak-kanak 2007. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:
Kategori A (Lagu untuk kanak-kanak yang berusia dari 6 tahun hingga 9 tahun)
Kategori B (Lagu untuk kanak-kanak yang berusia dari 10 tahun hingga 12
tahun)
Hadiah
Hadiah bagi setiap kategori (Kategori A dan B) adalah seperti yang berikut:
a) Tempat pertama - RM 2,500.00
b) Tempat kedua - RM 2,000.00
c) Tempat ketiga - RM 1,500.00
d) 5 hadiah sagu hati - RM 700.00 setiap
lagu
Syarat Penyertaan
1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali
urus setia atau ahli keluarga terdekat pihak penganjur.
2. Setiap penyertaan lagu mestilah mengandungi tiga bahan yang berikut:
a) CD yang mengandungi rakaman lagu yang dinyanyikan.
b) Lirik lagu dalam bahasa Melayu.
c) Nota lagu lengkap berserta lirik di bawahnya.
3. Peserta boleh menghantar maksimum 2 buah lagu bagi setiap kategori,
yang dirakamkan dalam CD yang berasingan dan dilabelkan. Walau bagaimanapun,
setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori.
4. Lagu-lagu mestilah diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik
berkod (chordal instrument) seperti gitar, kibod (keyboard) atau piano.
5. Bentuk lagu:
a) Kategori A dan B
i.
Bentuk (form) lagu harus sesuai dengan jiwa serta melambangkan alam
kanak-kanak.
ii. Aliran
lagu/melodi hendaklah mudah dinyanyikan dengan menggunakan jangkauan suara
(vocal range) yang selesa untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak.
6. Format dan panjang lagu adalah seperti yang berikut:
a) Kategori A (6 â 9 tahun)
- Format (A1A2) atau (AB). Panjang lagu tidak melebihi 16 bar.
b) Kategori B (10 â 12 tahun)
- Format (AB) atau (A 1A2,B1B2) atau (A1B 1,A2B2) atau (A1A2BA 3)
atau (ABCD). Panjang lagu tidak melebihi 32 bar.
Kedua-dua kategori ini haruslah dalam rentak bebas dan sesuai untuk alam
kanak-kanak dalam berbagai-bagai tanda masa seperti 24, 34, 44, 68 dan
lain-lain.
7. Penilaian adalah berdasarkan dua (2) aspek, iaitu melodi dan lirik.
Markah akan dinilai berdasarkan kedua-dua aspek tersebut.
8. Lirik perlulah menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
Jika lirik lagu yang berjaya dalam pertandingan ini mempunyai sedikit
kesilapan tatabahasa, pencipta lagu tersebut perlu membetulkan liriknya atau
mungkin juga melodinya. Lagu yang mempunyai terlalu banyak kesalahan
tatabahasa, akan dibatalkan penyertaannya.
9. Lirik mestilah sesuai untuk kanak-kanak mengikut umur dengan pilihan
kata-kata dan penerapan nilai-nilai pendidikan, kemanusiaan, motivasi,
patriotisme dan sebagainya yang dapat meningkatkan pemikiran serta menarik
minat kanak-kanak.
10. Lagu-lagu hendaklah ciptaan/karya asal peserta dan belum pernah
diizinkan untuk atau diterbitkan dalam apa-apa juga bentuk media kepada
mana-mana pihak lain. Lagu-lagu yang sudah dihantar ke pertandingan sebelum
ini tidak layak untuk dipertandingkan lagi. Pihak penganjur berhak
membatalkan sebarang penyertaan atau sebarang kemenangan dan menarik balik
hadiah jika lagu tersebut bukan ciptaan/karya asal atau pernah diterbitkan.
11. Jika didapati ada lagu yang dipertandingkan itu diragui pencipta
sebenarnya, peserta terbabit akan diminta untuk memberi keterangan lanjut
dan mempersembahkan lagu berkenaan. Peserta dilarang sama sekali menggunakan
hasil ciptaan karya pihak lain sebagai bahan penyertaan.
12. Pihak penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menerbitkan sepenuhnya
lagu-lagu yang menyertai pertandingan ini dalam apa-apa juga bentuk media.
13. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta kehilangan
bahan karyanya semasa dalam proses penghantaran. Kiriman pos dan bukti pos
bukanlah bukti penerimaan. Semua bahan penyertaan tidak akan dikembalikan.
14. Borang penyertaan boleh juga didapati dalam ruangan âBerita DBPâ
laman web www.dbp.gov.my dan portal Karyanet di www.karyanet.com.my.
15. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak
akan dilayan.
16. Kesemua bahan penyertaan seperti dalam bil. 2 hendaklah dihantar kepada
urus setia pada atau sebelum 29 Oktober 2007 ke alamat yang berikut.
Bahagian Multimedia,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Tingkat 12, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.
17. Tuliskan âPertandingan Mencipta Lagu Kanak-kanak 2007â di penjuru
kiri sampul surat. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan
Rosnazatulizlin Abdul Aziz di talian 03-21481431 pada waktu pejabat atau
e-mel [EMAIL PROTECTED] .
18. Pemenang akan dimaklumkan kemenangannya melalui surat. Bagi peserta yang
tidak menerima sebarang surat makluman dalam tempoh empat (4) bulan dari
tarikh tutup pertandingan, dianggap tidak berjaya.
Ediramle Ismail
[Non-text portions of this message have been removed]