Shamira Adoree IIX
(Bait-Bait Terakhir)
Cinta
Datang dari arah
Yang tak diduga
Yang terlihat
Cuma dari sini
Ternyata bukan sebaliknya
Walaupun
Aku sering dengar
Ianya datang dari sana
Tapi rupanya
Hanya angin pagi
Membelai hati
Yang rapuh
Mungkin benar kataku
Cinta itu tidak mesti memiliki
Dan ianya pasti
Terlalu nyata
Untuk aku terima
Apa mungkin
Pencinta cinta
Akan terus
Menjadi hanya pencinta
Dan palakonnya
Akan sentiasa bahagia
Melihat atas semua sedih
Sisa yang tertinggal
Dari bahagia
Yang dibeli
Aku sudah tidak tahu
Bagaimana caranya
Untuk menangis lagi
Mataku tidak punya lagi
Titisan untuk merasa pedih
Merendahkan aku
Kerana manusiaku
Yang masih mencuba
Menjadi seseorang
Sedang aku
Tidak pernah sekali
Menjatuhkanmu
Sehingga itu
Aku adalah sebatang kara
Yang tidak pernah putus
Dari percaya
Dan harap
Yang kau bagiku
Tapi
Mungkin aku tersilap
Sepertimana kesilapanmu
Tika kau hidup dalam nafasku
Cinta
Aku tahu
Kau tak pernah melukai
Manusia yang menyakiti
Aku tidak pernah
Salahakan kamu cinta
Kerana kau adalah kau
Selintas langit pagi
Yang aku akan lihat
Aku tidak mahu
Untuk memilih
Untuk hidup atau mati
Antaranya
Adalah aku
Sehingga aku bisa
Melupakanmu
Terima kasih
Kerana membuat
Hati ini
Bisa merasa sedih lagi
Adoree...
Juan Einriqie
p/s: bagimu mungkin ini satu kesilapan,
bagiku kesilapan itu adalah cinta,
yang aku pernah mencipta sepenuhnya,
lalu dibuang seperti sampah.
____________________________________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow
[Non-text portions of this message have been removed]