Terima kasih atas pandangan yang membina semuanya. Saya baru  dimaklumkan
beberapa orang penduduk akan mewakili masyarakat untuk berbincang dengan
pihak JPS kerana kebetulan mereka diundang untuk menyatakan pandangan.
Saya telah memaklumkan perkara ini kepada tok ngulu (PPM) yang akan hadir
untuk meminta pihak JPS ambil perhatian seterusnya menguruskan pokok-pokok
keladi boceh untuk dibuang (dimusnahkan) dari Sungai Selehor yang terkenal
dengan keindahan dan sejarah silamnya.


Pokok keladi boceh dan beberapa jenis rumput yag tumbuh di permukaan
sungai sangat cepat membiak dan begitu subur. Kalaulah ianya sejenis
tumbuhan yang boleh dimakan atau disayur sudah tentu ia menguntungkan
boleh jadi bahan perniagaan pula.

Bagaimanapun mungkin telah ada kajian dibuat berkaitan pokok keladi boceh
yang mungkinnya boleh diproses untuk dijadikan produk yang boleh
dimanfaatkan sama ada oleh manusia atau bukan manusia.


Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Pelbagai jenis buah kurma boleh dibeli sekarang ni, ada yang berharga
puluhan ringgit sekilo dan ada yang dua tiga ringgit saja sekilo. bermacam
jenis jenama pula tu.








Edi



>
> Maafkan saya kerana tidak begitu arif dengan bidang dan kaedah saintifik
> ni, sebab tu ayat pertama saya menyebut barangkali, jadi kalau kenyataan
> saya itu agak tersasar saya memohon berbanyak maaf sekali lagi. Terima
> kasih atas maklumat yang diberikan oleh saudara. Mengikut kaedah 'hukum'
> pun setahu saya la segala makhluk Allah di atas muka bumi ini akan dapat
> kita musnahkan sekiranya ada keperluan untuk menghapuskannya termasuklah
> walau sehelai daun kayu pun, tapi mungkin dakwaan saudara itu termasuk
> dalam bab ini kerana menganggu ekosistem dan memusnahkan hidupan yang ada
> dibawahnya. Wallahuaklam....
>
>
> To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Mon, 17 Sep
> 2007 20:05:12 -0700Subject: RE: [Pesisir] Sungai Selehor diserang kiambang
>
>
>
>
> assalamualaikum wbt..Emm.. minta maaf mencelah.. bagi pendapat saya.. saya
> setuju dengan nada kebimbangan yang diluahkan oleh sdr Edi.. Ye, sebabnya
> walaupun pemandangan sebegitu agak cantik tetapi ia tidak selamat untuk
> ekosistem kita. Perkara ini akan mengambil masa. [Saya pun pernah lalu dan
> tengok juga sungai tu..] Lama- kelamaan, kalau dibiarkan, kiambang ni akan
> jadi semakin banyak. Ia ada kesan kepada alam, dikenali sebagai fenomena
> eutrofikasi. Saya bukan arif sangat, tapi boleh lah bagitahu sikit-sikit.
> Kalau dah banyak pohon tu, lama kelamaan ia akan menutup permukaan air.
> Maka ikan yang kat dalam tu tak boleh nak sedut Oksigen dari udara. Tu
> satu.Dan juga, bila pohon itu dah jadi terlalu banyak,kandungan karbon
> dioksida akan meningkat pula. Juga akan berlaku, [apa ye, saya kurang
> ingat,,] apabila pohon itu mati, ia akan jadi baja kepada pertumbuhan
> plankton. Maka planton akan membiak banyak. Maka plankton akan berebut
> dengan ikan untuk mendapatkan oksigen yang sudah sekian terhad.
> Kemungkinan untuk melihat ikan bergelimpangan kekurangan oksigen adalah
> tidak mustahil jika keadaan segebini dibiarkan berlarutan. Kiambang
> bukanlah parasit..tapi dia bersaing untuk sebuah kehidupan juga. : )
> wallahu a'lamMuhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:Assalamualaikum.Barangkali ada hikmah-Nya yang tersendiri tu Edi,
> kalau tidak menjejaskan apa-apa biarlah kekal sebagai satu pemandangan
> alam semulajadi yang indah untuk dinikmati. Saya lihat dalam gambar tu pun
> nampak cantik jer dan senang mata memandang.To:
> [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Mon, 17 Sep 2007
> 18:11:01 +0900Subject: [Pesisir] Sungai Selehor diserang kiambangSungai
> Selehor diserang kiambang.Sungai selehor kini dilihat tidak seperti dulu
> lagi, perubahan sejakakhiran ini ialah sebahagian besar daripada anak
> sungainya terutama dibaruh besar antara Kok Pasir dan Morak telah
> ditumbuhi pokok keladi bocehdengan banyaknya yang membuatkan seakan sungai
> tersebut seakan kebunkeladi boceh. Air sungai seperti telah tidak
> kelihatan pada banyak tempat.Selain keladi boceh ia juga diliputi oleh
> pelbagai rumputan.Tiadakan pihak yang boleh membersihkan sungai ini
> daripada pokok-pokokkeladi boceh yang kalau dibiarkan ianya semakin
> merebak yang bolehmenukarkan nama sungai selehor kepada sungai
> kiambang.Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan bagi memperjelaskan
> perkara iniboleh dilihat melalui pautan di
> bawah:

http://kiambang.kokpasir.com






Ediramle Ismail

Kirim email ke