Memandangkan nombor telefon saya pakai sekarang 0129032948 saya letakkan secara agak meluas di internet, kini ia menjadi masalah kepada saya sendiri. Mungkin ada tersilap isi borang apa-apa di internet membuatkan saya sering merasa terganggu oleh puluhan kali panggilan daripada nombor yang saya tidak pasti dari mana. nombor yang keluar 30699900 kadang-kadang sampai lima enam kali sehari nombor itu keluar (ada siapa tahu dari mana?) saya merasa begitu bermasalah dengan perkara ini kerana saya tidak dapat menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat menguasai percakapan dalam bahasa inggeris walaupun di tahap yang agak minima sekali pun.
Bolehkah panggilan dari satu-satu nombor disekat supaya tidak dapat buat panggilan. Atau saya kena tukar nombor baru, tapi ini masalah juga kerana untuk bertukar nombor terpaksa memaklumkan kepada semua kenalan dan saudara mara tentang nombor baru tersebut. Saya beli sim kad digi, tapi di rumah saya tiada liputan digi. Mohon pandangan dan bantuan. -- Ediramle Ismail, PICTKP, Kok Pasir,Tumpat, Kelantan. http://www.kokpasir.com
