FAKTA BUKU Judul: GRO! Penulis : Zakaria Busu Penerbit : Tintarona Publications Sdn Bhd Muka surat : 216 Harga : RM15.00ULASAN: Rozlan Mohamed Noor [IMAGE]Karya ini merupakan karya terbaharu daripada ahli Pesisir kita. Syabas saya ucapkan. Meskipun mengambil judul yang berbau popular tetapi jangan terlalu cepat membuat penilaian. GRO! Jangan terlalu cepat membuat andaian. Biarpun ada sesetengah daripada kita agak kurang senang dengan judul dan penampilan kulit novel ini, namun setelah menelusuri helaian demi helaian sehingga ke nokhtah terakhir di muka surat 216 ternyata banyak pengajaran boleh dikutip.
Meskipun jalinan ceritanya sudah boleh dikatakan biasa-biasa sahaja tetapi gaya penceritaannya yang matang dan bersahaja membuatkan pembaca seronok dengan liku-liku kehidupan seorang GRO. Kisah ini bermula dengan Wahida yang mengambil keputusan untuk beradu nasib di Kuala Lumpur. Keputusannya yang nekad itu sekali gus mengorbankan kasih sayang ibunya sendiri. Dia mahu jadi orang glamor, orang popular yang sentiasa diburu lensa kamera. Sudah jelek digelar Ratu Kampung. Satu gelaran yang tidak mampu membawa Wahida ke mana-mana. Keluarga dan rakan-rakan tidak mampu memahami desakan nalurinya. Lantas dia korbankan segalanya. Cuba memperjudikan nasib diri di tengah-tengah jantung metropolitan; yang sentiasa berdegup kencang! Survival Wahida penuh liku. Survival Wahida mendesak dirinya menghirup udara hanyir bersama bangkai-bangkai kehidupan di kota. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- We've Got Your Name @ www.mail.com!!! Get a FREE E-mail Account Today - Choose From 100+ Domains [Non-text portions of this message have been removed]
