Hari Raya dah semakin dekat , lagu-lagu hari raya kedengaran di sana sini. Ada yang sayu ada yang tak sayu. Bagaimanapun kebanyakannya membuatkan terutamanya sesiapa yang berada di perantauan terasa rindukan kampung laman , ayah bonda , adik beradik sanak keluarga, sahabat handai rakan taulan semuanya. Kerinduan kepada tanah kelahiran sudah pasti. Kerinduan pada pohonan dan ternakan , sawah padi dan nyaman udara kampung seakan memanggil-manggil.
Kalau diimbas-imbas kembali kenangan, air mata boleh mengalir berlinangan. Kerinduan itu rasa nikmat yang tidak terhingga, tapi bila dilepaskan juga suatu nikmat yang tak terhitung. Selamat pulang perantau , selamat berhari raya di kampung laman. Perkara yang paling penting semasa dalam perjalanan pulang adalah berhati-hati dengan sesungguhnya kerana keselamatan jalan raya adalah begitu perlu diberi keutamaan. Ediramle Ismail
