Begitulah cinta saya pada dunia penulisan.
Sebagai seorang wanita, kadang-kadang keperluan rumahtangga terpaksa
didahulukan. Pernah sekali, ketika saya leka menyiapkan novel untuk satu
pertandingan, anak yang masih kecil terjatuh sampai luka dan terpaksa dibawa ke
klinik untuk dijahit. Saya rasa bersalah pada diri sendiri. Buat seketika saya
melupakan dunia penulisan, sekadar menjadi pemerhati tanpa dapat berkongsi
kecintaan ini dengan sesiapa.
Kesibukan dengan tugas di pejabat juga membuatkan saya terpaksa mengalah dengan
kecintaan saya pada dunia penulisan.
Terlalu lama sebenarnya saya menanti. Dan sekarang baru saya berani bangkit
kembali. Semuanya kerana kecintaan saya dalalm dunia penulisan. Semoga selepas
ini saya akan kembali menulis. Mengenali teman2 di Pesisir akan menjadikan saya
semakin bersemangat untuk menulis.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sedalam manakah cinta kita.
Sekira kita mencintai sesuatu bermakna kita akan ambil kisah tentang
kecintaan itu.
********** DIMAKLUMKAN DENGAN HORMATNYA **************
1. Perjumpaan Penulis PESISIR (Persatuan Penulis Tumpat)
Dengan hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke perjumpaan Persatuan
Penulis Tumpat (PESISIR) seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya Kedua (Aidil Fitri 2007)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Rumah Ketua 2 PESISIR, Kg. Telaga Lanas, Pengkalan Kubor,
Tumpat, Kelantan
2. MAKLUMAN PERJUMPAAN HARI RAYA AIDIL FITRI ICT KELANTAN
Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Perjumpaan ICT
Kelantan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2007 akan mengadakan perjumpaan
ICT sempena Hari Raya Warga Aidil Fitri seperti berikut:
Tarikh : Hari Raya Ketiga (Aid
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.