Saya barangkali tidak ada regu.Mungkin saya ditakdirkan untuk bermain single. Malah saya lebih gemar bersendirian. Saya pernah bergandingan dengan beberapa orang.Dulu Rahimidin,Abham TR,Che Leh Che Ya (kalau boleh disebut penulis).Dr. Saiful regunya Hasbi. Kalau betul pemerhatian saya.he..he..
----- Original Message ---- From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected] Sent: Monday, October 8, 2007 12:57:52 PM Subject: RE: [Pesisir] Penulis perlu ada regu Diri kita sendiri akan tetap ada regunya walaupun kelihatan seolah-olah tidak beregu, ya kita sendiri adalah diregukan antara alam insan dan alam roh, itulah hakikat regu dalam ertikata yang sebenarnya. Regu secara lahiriah ini kadangkala kalau nak dikonotasikan sebagai regu pun agak sukar kerana dalam dunia hari ini selalu kedengaran GU MAKAN GU, interpretasinya perlu dilihat dalam konteks orang yang melalui situasi yang berkenaan, minta dijauhkan... .... To: [EMAIL PROTECTED] .com From: [EMAIL PROTECTED] com Date: Sun, 7 Oct 2007 21:33:29 -0700 Subject: Re: [Pesisir] Penulis perlu ada regu Seronok...gembira dan happy bila dapat tahu semua kawan-kawan sastera ada regu masing-masing. Orang tu regunya orang ni. Orang ni regunya orang tu. Balik-balik bila saya kenangkan diri saya, rupa-rupanya saya ni masih belum ada regu lagi. Apapun, kawan-kawan semua adalah regu saya. Regu dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan penulisan. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA. Maaf! tahun ni tak dapat buat rumah terbuka sebab raya kedua dah kena kerja. Abdul Hadi Yusoff <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: ya regu saya tanpa ragu lagi ialah allahyarham mustafa jusoh dan aziz mohd nor. isteri saya regu baru sekarang. terima kasih atas coretan yang penuh makna ini. selamat Aidil Fitri 1428 jumpa di GS 3 syawal deh. hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> wrote: benar apa yang dikatakan sdr. edi itu. saya di jal besar juga ada regu (bukan regu badminton). regu saya asmuin, supritenden shafien mamat, lee chong beng, lim giok chun dan cikgu rashid yunus. idea regu memang hebat. kami berbincang untuk lahirkan sebuah karya besar yang boleh membuka mata sesiapa. akhirnya asmui yang dahulu kami meneroka karya hebat itu dengan memenangi berbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. aduh! anak petani yang telah membuka mata masyarakat kampung. kemudian diikuti dnegan shafien lewat puisi-puisinya yang sungguh tajam di mingguan malaysia. namun kesibukan tugas menyebabkan shafien rehatkan puisinya. bangkit azlee lee, lee giok chun dan barulah hashim latiff dengan cerita dan cerpen cerca merbanya. apa pun, natijahnya, regu itu penting sebagai cas kepada arus penulisan individu itu. Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: Penulis perlu beregu (rakan sepenulisan) untuk meneruskan kelancaran bidang penulisannya. mungkin kenyataan yang saya buat ini tidak tepat seratus peratus, tetapi ianya boleh tepat 70 ke 80 peratus. Seseorang penulis yang tidak mempunyai regu dalam penulisannya lambat laung akan semakin pudar daya penulisannya sedikit demi sedikit sehingga suatu ketika dia akan melupakan bidang penulisan sepenuhnya dan yang tinggal hanya kenangan yang tak mungkin bakal padam sampai bila-bila. Contoh regu dalam penulisan saya . Ketika awalnya saya tidak ada regu , beberapa tahun kemudian regu pertama saya seorang penulis dari perak samasa dalam tentera beliau ialah seorang penulis Drama TV namanya Amin Khan yang kemudian menjadi pengarah Drama. Kemudian bila balik ke kelantan dari Pahang beregu pula dengan sdr. Eziz Shukman, Zakaria Bs dan Hashim Mat San. Setelah itu masing-masing melalui kehidupan di tempat berasingan. Akhirnya Eziz Shukman seakan berhenti menulis kerana tidak beregu, begitu juga dengan Zakaria Bs seakan berhenti menulis seketika sebelum bangkit semula setelah bertemu semula dengan regu-regu di Pesisir. Hashim Mat San juga telah seakan berhenti terus dalam penulisan kerana kehilangan regu. Selepas kehilangan regu Saya mendapat regu baru iaitu Hashim Latiff dan Nik Azman NM semasa tinggal di Chabang Empat Tok Mek Ngah. Selepas itu saya meninggalkan Chabang Empat dan Hashim Meninggalkan Jal Besar dan Nik Man meninggalkan Chabang Empat. Selepas kehilangan (tidak hilang terus kerana masih kerap berjumpa Hashim Latiff dan Nik Azman ) Sdr. Anuar Musa dan Mohd Sukari pula yang jadi regu saya . Mohd Sukari telah meninggal bulan Julai lalu . Kini tinggal Anuar Musa sebagai regu tempat perbincangan mengenai penulisan. Regu yang unik saya temui ada beberapa orang antaranya Ghaffar Daud dan Ismail Daud itu adik beradik. Ada regu penulisan suami isteri, rakan baik. Mungkin sdr Hadi Yusoff regu penulisannya Allahyarham Mustafa Jusoh dan Aziz Md Nor. Mungkin pula Suatu ketika dulu Dr. Norhayati pernah beregu dengan Roza M dalam dunia penulisanya. Berregu di sini bukan bermaksud berpakat hasilkan karya yang sama, tapi berbincang tentang dunia penulisan. Bagaimanapun di zaman teknologi ini, kiranya tidak ada regu dalam penulisan jalan penyelesaiannya masih ada 2 pilihan utama iaitu berpersatuan dan melalui forum atau egroup umpamanya [EMAIL PROTECTED] com ; [EMAIL PROTECTED] .com . Ediramle Ismail ------------ --------- --------- --- Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! FareChase. [Non-text portions of this message have been removed] Pinpoint customers who are looking for what you sell. Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel and lay it on us. Get your free suite of Windows Live services! Windows Live ____________________________________________________________________________________ Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, photos & more. http://mobile.yahoo.com/go?refer=1GNXIC
