Pertemuan pesisir yang diadakan pada raya kedua bertempat di rumah ketua 2 adalah diluar dugaan.
Kehadiran Asmui, Hashim Latiff, Ketua 1, Nik Azman NM, Eziz Shukman , Zakaria BS dan beberapa ahli zaman pertengahan Pesisir cukup mengembalikan kenangan kepada sejak awal penubuhan pesisir sejak tahun 1981 yang lalu. Bagaimanapun suasana dulu adalah sukar lagi untuk berulang kerana perubahan masa dan perubahan corak hidup masyarakat . Bagaimanapun pesisir perlu meneruskan peranannya dalam era yang lebih mencabar sekarang. Ediramle Ismail
