Assalamualaikum, Saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan Wan Zainab berkaitan dengan Majlis Makan Malam. Ingin dicadangkan di sini supaya majlis itu adalah sebahagian program kita cari duit bagi menambahkan tabung kewangan persatuan. Apa kata Ketua 1 dan Ketua 2 kita?
----- Mesej Asal ---- Daripada: wan zainab saupik <[EMAIL PROTECTED]> Kepada: [email protected] Dihantar: Khamis, 18 Oktober, 2007 9:12:27 Subjek: [Pesisir] Re: Sedih dan kecewa... Assalamualaikum. .. Saya amat kecewa sekali kerana tidak dapat hadir di majlis yang dikatakan meriah itu. Dari KL semangat saya memang berkobar2 untuk hadir di majlis tersebut. Sayangnya saya tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa hadir di majlis lain yg lebih memerlukan saya. Kecewa sangat. Sebagai orng baru dalam Pesisir saya ingin sekali berkenalan dengan semua keluarga Pesisir. Agaknya bila lagi Pesisir akan mengadakan pertemuan seperti ini. Saya cadangkan Pesisir menganjurkan satu majlis makan malam, di masa yang lebih sesuai. Terima kasih... Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa utama yang ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang baru diadakan . Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir. Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar kerana kesibukan tugas masing-masing. Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri majlis tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas . Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Ediramle Ismail ____________ _________ _________ _________ _________ __ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail. yahoo.com ________________________________________________________ Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/
