Assalamualaikum..wth, salam sejahtera, salam karya. Pertama sekali saya
cukup teruja dengan entry di yahooGroup kali ini (laman blog). kelihatan
keghairahan kita untuk membina dan memiliki laman blog sendiri cukup
menggalakkan. Ini satu perkembangan yg baik..dan menarik. Satu perkara
yang mahu saya kongsikan bersama ialah matlamat untuk kita mmebina sebuah
laman blog. sebagaimana kita tahu sememangnya laman blog sering dianggap
bersifat peribadi (ada yang terlalu peribadi), tetapi adalah lebih
bermanfaat kalau laman yg berbentuk peribadi ini dapat pula berkomunikasi
dengan org lain, dan memberi menafaat bersama kepada yang lain. Malah
catatan2 berkualiti dan BERTANGGUNGJAWAB dapat pula dijadikan bahan untuk
pihak lain mengembangkan lagi ilmu dan maklumat tersebut. Jangan lupa,
laman blog kita sentiasa TERDEDAH dengan pemantauan pihak2 lain di luar
sana. Mungkin catatan sekadar hobi kita itu boleh menjadi maklumat
penting kepada sesetengah pihak. Boleh jadi juga laman2 blog sebegini
menjadi mata dan telinga kepada pihak pemimpin. Tidak kurang pengamal2
media mengutip sumber2 kecil (terpinggir) begini untuk dijadikan lead dan
pelaporan mereka. Buat saudara Edi, TAHNIAH kerana 'tak serik-serik'
mempromosikan keterbukaan minda IT dalam kalangan masyarakat kita. Usaha
tanpa jemu dan sifat 'degil' itu membuatkan saya kagum. Harap saudara edi
akan terus berjuang dan konsisten. SAYA TETAP MENYOKONG biarpun dari
jauh. SELAMAT Berblog!! [IMAGE]Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor,
Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com

-- 
Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look!
mail.com shopping at  http://mail.shopping.com/?linkin_id=8033174

Kirim email ke