Kalau begitu berdasarkan penerangan sdr. Faizul Perpustakaan di rumah saya lebih sesuai dikategorikan kepada Pusat Sumber Mini. Ada kemudahan komputer dan print. Selalu dijadikan tempat pertemuan terutamanya rakan-rakan ICT dan Penulis di Tumpat Khasnya. Juga tempat anak-anak saya ajak saing-saing (rakan-rakan) untuk buat kerja sekolah dan sebagainya. Ada juga budak pinjam buku sebuah dua.
Kalau saya namakan " Pusat Sumber Komuniti Kok Pasir " , nampaknya seperti besar sangat tidak sepadan dengan saiznya fizikalnya dan sumber-sumber bahan yang terhad. -- Ediramle Ismail On Thu, November 29, 2007 9:52 am, Faizul Haslizi [BITECH/KUA] wrote: Hmmm .... persoalan yang menarik. Saya pun tak tahu definasi sebenar yang membezakan ketiga-tiga nama tersebut. Tapi persepsi saya : 1. Perpustakaan - mempunyai koleksi buku, journal, majalah dll. Tempat untuk study. Mempunyai aktiviti membaca utk kanak-kanak, membaca pusi dll. Uniknya Perpustakaan ialah kita boleh meminjam buku untuk dibawak balik. 2. Pusat Bacaan - sama macam perpustakaan kecuali tak boleh nak pinjam buku. 3. Pusat sumber - sama macam perpustakaan, ditambah skopnya dengan menambahkan fungsi tempat perbincangan serta melibatkan penggunaan komputer untuk mendapatkan bahan bacaan, boleh print dan binding bahan cetakan kita. Kat perpustakaan cuma rujukan hardcopy, tapi pusat sumber rujukan hardcopy & sumber internet. Jadi kalau letak rak-rak buku di satu bilik (macam Prof Diraja Ungku Aziz yang ada bilik khas utk menyimpan buku-buku dia), kita panggil Bilik Bacaan ler. Kalau kita buka utk jiran-jiran, boleh panggil Pusat Bacaan. Kita tak panggil ler pulak perpustakaan di rumah sebab biasanya kita tak membuat sistem utk orang pinjam buku kita. Ini adalah pandangan/persepsi saya ler tentang 3 nama yang digunakan utk tempat kita menyimpan buku. Tapi kalau simpan jer buku, tapi tak membaca, panggil rak buku aje ler. *FaizuL* ________________________________ From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Ediramle Ismail Sent: 29 November, 2007 9:28 AM To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [email protected] Subject: { KELANTAN-KITA } Beza antara Pusat Sumber dan Perpustakaan Saya nak tanya satu soalan mudah yang bagi saya masih tidak begitu tahu keadaan sebenarnya. Apakah perbezaan antara Perpustakaan , Pusat Bacaan dan Pusat Sumber? Dalam keadaan mana boleh disebut perpustakaan dan dalam keadaan mana pula disebut Pusat Sumber ? Apakah kiranya kita letakkan buku di satu sudut di rumah boleh dipanggil perpustakaan. Soalan ini ditujukan kepada Hani dan rakan-rakan semua. Terima kasih. -- Ediramle Ismail
