9 Disember . Kalau semalam seorang kanak-kanak 7 tahun lemas di Kok Majid, Hari ini seorang lagi remaja lelaki 19 tahun dari Kg. Gerong dipercayai lemas di bawa arus banjir di Kampung Gerong.
Ketika saya balik dari tempat kejadian pada pukul 6.15 petang pasukan pencari yang terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat dari Balai bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor , pasukan polis dan orang ramai belum lagi menjumpai mangsa yang yang hilang . Gambar-gambar usaha mencari yang dijalankan boleh dilihat melalui pautan http://mangsalemas.kokpasir.com -- Ediramle Ismail
