Semasa melakukan ronda-ronda di internet , diketemui banyak sekali blog yang telah dihasilkan dalam bahasa melayu dan Indonesia . Syukur dengan ini bahasa kita telah semakin luas tersebar ke segenab pelosok dunia.
Dalam banyak-banyak blog tersebut ada yang punyai isi yang begitu berguna dan bermanfaat untuk dibaca dan dibuat panduan dan dibuat rujukan. Ada juga blog yang dihiasi cantik-cantik tapi tak banyak maklumat. manakala yang terbanyaknya adalah blog yang didirikan kemudian ditinggalkan menderita kesepian. Tak ada atau tak banyak tulisan yang ditempatkan . Bagaimanapun kemunculan blog-blog dalam kalangan penulis ianya menjadi sangat bererti kerana kini penulis boleh berkongsi terus pengalaman dengan pembaca dan pembaca dapat mengenali penulis dengan labih mudah. Selamat berblog. Semoga apa benih yang kita semai akan tumbuh subur dan berbuah lebat. -- Ediramle Ismail
