Tahniah,Selamat tahun baru 2008

On 12/19/07, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>    Sempena hari yang mulia ini (Hari Raya AidilAdha) selepas solat sunat
> Hari Raya .
>
> Bertempat di Pusat ICT Kok Pasir , tanpa iringi gendang dan rebana, tanpa
> iringi serunai dan gong, tanpa majlis rasmi dan guntingan riben, tanpa
> tetamu undangan dan kenamaan. Saiz fizikal PSMD yang terlalu kecil dan
> sempit serta kekurangan serba tidak memungkinkan dapat memenuhkan hasrat
> yang besar ini.
>
> Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang,  dengan ini
> kurasmikan  Pusat Sumber Pustaka Desa , Kg. Kok Pasir berserta Laman Webnya
> http://pusatsumber.kokpasir.com dengan harapan semoga ianya memanfaat
> bukan sahaja untuk diri peribadi tetapi juga untuk semua.
>
> Kuperbuatkan ini bukan untuk nama dan kepujian kerana perkara itu sebenar
> tidak ada apa-apapun maknanya buat diri peribadiku, semuanya tidak akan
> sampai ke manapun tapi demi kasih sayangku  pada Agama, sanak keluarga,
> rakan-rakan,   kampung laman, masyarakat , bangsa dan negara,  ingin sedikit
> kumaknakan pengorbanan tanpa bosan dan jemu ,biarpun usahaku ini hanya
> sekadar setitik air di luasnya lautan samudera .
>
> Setiap hasrat dan perbuatan yang baik itu pastinya takkan rugi dan ianya
> kuanggapkan sebagai sumbanganku sempena menandakan aku pernah hidup di dunia
> ini.
> Kehidupan itu anugerah yang terlalu besar untuk digambarkan , kesihatan
> rohani dan jasmani itu terlalu tinggi nilainya .
>
> Sempena hari raya korban yang mulia. kuucapkan selamat Hari Raya untuk
> semua rakan-rakan semoga persahabatan yang dijalin ini akan berterusan
> sampai bila-bila.
>
> Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin.
>
>
>
> http://pusatsumber.kokpasir.com
>
>
>
>
>
> 
>

Kirim email ke