syabas dan terima kasih krn begitu serius  berjuang demi sastera  dan budaya.
  saya hanyalah ahli tetap PENA dan KARYAWAN PERAK dan beberapa  persatuan 
besar. namun , saya lebih selesa bergerak sendiri dan tersendiri. . nama 
terlalu kecil dan mahu terus begitu. perjuangan kecil dan mahu begitu kecil. 
cuma yg besarnya, - minat dan kecintaan  kpd seni, sastera dan budaya. saya 
hanya mampu menyokong dr jauh.
apa kata sekali sekala pesisir turun ke rumah PENA di belakang DBP baru?  
  di sini ada banyak aktiviti- terutama berkaitan penulisan - kepenyairan dll.
  31 Disember ada acara BACA PUISI, 8.30 mlm. RUMAH PENA. jemputlah datang.
  hubungi S. M. Zakir- tok guru saya yg sungguh  komited membina dan 
memartabatkan bahasa dan sastera juga budaya..
Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            Terima kasih kerana sekali gus mempromosi Hanuman, Hanuman diMuar 
dah mula dikunjungi rakan-rakan penulis dan budaya Johor,kebetulan kami dalam 
persiapan mengadakan persidangan kebudayaan Melayu
  pada 30 Disember 2007,di bandar Muar.
  Api dan mula menyala,PENDIKIR Dan BINA BADAN DiKelantan terus 
bersinar,walaupun ditinggal tetapi diurusbantu,oleh 2 Penolong Setiausaha yang 
memangku tugas ,sementara hanuman balik ,sesekali balik juga mengadakan 
mesyuarat,2 mesyuarat dalam satu hari.( ambil cuti ) 
  PESISIR tetap dihati dan terbanyak kenangan warna warni yang terlekat 
dimemori.
  Saya tidak boleh diam walau dimana saya berada, Apa yang kehilangan adalah 
tersingkir dari menjadi warga
  Kelantan FM ( Berlakon Drama dan Menulis Skrip ) tetapi pasti kembali nanti 
akan memberi satu impak baru
  dengan pengalaman merantau..semoga ketenangan dan damai di keheningan Gunung 
Ledang Legenda
  yang sering menyeru keinsafan yang kita ini walau sehebat mana adalah amat 
kerdil dari yang teragung dan abadi..

 
  On 12/27/07, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:             Supian 
Hanuman adalah seorang seniman yang hebat. Saya kenal dan berkawan
dengan hanuman pada awal tahun 1990-an. Ketika itu beliau menyertai
pesisir dan sama-sama membangunkan pesisir sebagai AJK.
Sebelumnya beliau adalah salah seorang aktivis belia yang tidak asing lagi 
di Tumpat, Kemudian membabitkan diri dalam kesenian dan telah menulis
beratus lirik lagu dikir barat yang dinyanyikan oleh puluhan penyanyi
dikir barat yang dikenali di Kelantan, puisi, lagu dikir dan paling
menonjol ialah beliau adalah salah seorang tukang karut dikir barat yang
terkenal di dunia.

Supian bukan sahaja sebagai pengiat beberapa persatuan seperti sebagai
Setiausaha persatuan Pendikir. Ini adalah satu-satunya persatuan Dikir 
barat yang memperjuangkan kesenian ini. Selain itu banyak sekali menyertai
pertubuhan sukarela termasuk persatuan bina badan .

Sesuai dengan kerjanya yang berhubung dengan belia, beliau tentu sekali
memahami selok belok hidup masyarakat terutamanya golongan belia kerana 
membabitkan diri secara langsung dalam pengurusan belia. Hanuman adalah
seorang yang gagah dalam kerja-kerja kesukarelaan dan gagah dalam
memperjuangkan seni dan pernah dianugerahkan sebagai seorang tokoh dalam
budaya di Kelantan beberapa tahun yang lepas.

Sampai sekarang Beliau salah seorang AJK Pesisir walaupun sudah berpindah
tempat kerja ke Muar.

-- 
Ediramle Ismail

On Fri, December 28, 2007 1:48 pm, Siti Aminah Mat wrote: 
hai,
anda supian? berkerja di mana ya? bidang apa ya?
join pesisir utk sastera, kan? you ada mnulis utk apa - apa media ke?
jom sms ; 017- 3265634.
idea anda amat saya perlukan utk mngembangkan sayap -bertualang di 
langit sastera..indah.
Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
---------------------------------------------------------- 








  

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke