assalamualaikum.
saya dah cadangkan suatu waktu dahulu agar pesisir menghala kepada
perniagaan. semua aktiviti pesisir mestilah mula kearah itu. semua ajk yang
terlibat mesti mendapat imbuhan masa ada secara langsung atau tidak langsung.
kemahiran yang ada mesti ke arah bisnes. kita bukan mata duitan, tapi kerja
tanpa ganjaran akan berakhir dengan "letak jawatan" dan tidak akan dikenang
oleh orang selepas kita... saya sudah merasai banyak hal seperti ini. oleh itu
pesisir perlu ada anak syarikat yang boleh buat bisnes. Kembara Pulau di
pesisir pantai tumpat contohnya, semua kursus mesti ada penaja...
fikirlah apa yang patut... kesian edramli... terlalu banyak berjaya kepada
pesisir..
belajarlah dari GAPENA dan PENA. mereka sebenarnya bisnes melalui persatuan...
tenguk penyata perbelanjaan mereka... duit juta-juta.. setiausaha pun ada
elaun kerja...
PELITA pun ada elaun setiausaha...
fikirkanlah....
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Disebabkan beberapa perkembangan yang berlaku sejak akhiran kini, terasa
seperti setting matlamat dalam ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) saya
seakan lari sedikit matlamatnya dan ini menyebabkan agak sukar untuk
meneruskan perjuangan ICT yang dirangka sebelum ini. Jadi kali ni sempena
menyambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan yang agak sukar sikit untuk
dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan untuk setting semula matlamat dalam
bidang ICT yang tentunya berbeza antara seorang dengan seorang rakan ICT yang
lain. Soalannya. Apakah antara matlamat sebenar bidang ICT yang kita
diceburi kini? Saya jadi terkeliru sikit, tentang matlamat ni. Apakah saya
perlu jadi sukarelawan ICT , jadi pejuang, jadi usahawan ICT , jadi pemerhati,
jadi pengeluar, atau ict hanya sebagai hobi semata-masa untuk mengisi masa
lapang. Saya hanya harus memilih hanya satu sahaja atau selebihnya dua sahaja
supaya dapat menumpukan sepenuhnya untuk matlamat tersebut.
Dimaklumkan pertanyaan ini adalah serius, bukan sekadar mainan. Sekian dan
berbanyak terima kasih atau bantuan idea yang diberikan. Saya perlukan
sebanyak mungkin respon terhadap pertanyaan ini . Jawapan dalam dua tiga ayat
pun memadai. Sumbangan idea itu sangat penting untuk saya saring dan pilih
mana-mana yang terbaik untuk dijadikan matlamat saya dalam ICT. Untuk
makluman , saya adalah moderator kepada kumpulan egroups ini dan hampir empat
ratus egroups lain. Ediramle Ismail
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.