Tentu sahaja pendapat yang berlainan yang bakal kita dengar jika ditanya 
tentang matlamat sebenar kita menulis. Rambut kita sama hitam (kecuali rambut 
orang melayu yang mandi air karat) tetapi hati berlainan. jika seseorang 
penulis sepenuh masa, tentunya mengharapkan rezekinya akan bertambah pada tahun 
2008 nanti, Jika seorang penulis menjadikan kerja menulis itu sebagai sambilan, 
tentu mengaharapkan ada pendapatan sampingan. dan jika penulis itu menulis 
sebagai hobi, mungkin dia mengharapkan kepuasan tetap berterusan  di tahun 
baruanti. Walau apa pun yang penting, kita menjana azam baru . Biarpun umur 
kita akan bertambah, wajah kita mungkin akan berubah (jika tiada petua awek 
muda) Namun begitu anggaplah hati dan perasaan kita tetap muda.

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          Disebabkan beberapa perkara 
kini, terasa seperti setting maklamat dalam
penulisan seakan lari sedikit.

Jadi kali ni sempena nak sambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan
yang agak sukar sikit untuk dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan
untuk setting semula matlamat dalam bidang penulisan yang tentunya berbeza
antara seorang dengan seorang rakan penulis yang lain.

Apakah antara matlamat sebenar bidang penulisan yang diceburi?

Sekian dan terima kasih.

Ediramle Ismail



                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke