Saing pakdo Azle dan saing-saing pakdo sekelian yang sentiasa dekat di hati pakdo. Syukur Alhamdulillah, pakdo hari ni sihat walaupun di tempat pakdo dalam sehari dua ni, hujan kembali turun . Biarpun hujan turun, pakdo harapkan semoga tidak lagi berulang banjir untuk kali kedua , selepas banjir yang panjang di pertengahan bulan Disember yang lepas yang meragut sebahagian peralatan rumah dan ayam itik saing-saing pakdo yang dilanda banjir.
Pakdo juga walaupun di usia begini, masih tidak dapat juga lari daripada berangan-angan, pakdo berangan itu, berangan ini, termasuk nak jadi kaya kerana kekayaan atau kemewahan itu sangat banyak kelebihannya berbanding dengan hidup dalam kemiskinan, walaupun ada orang kata bila mati tak bawak duit ke kubur, tapi kalu kena dengan lagunya, nilai duit itu boleh juga dibawa ke kubur . Tapi tak elok diberitahu semua angan-angan pakdo kepada saing-saing pakdo semuanya. Benar seperti yang saing pakdo Azlee kata, Pakdo pun kata, kita sebagai umat Islam kalu boleh berusaha dengan sekuat tenaga untuk jadi kaya sekaya-kayanya tanpa meninggalkan kewajiban kepada Allah . Kerana dengan kekayaan orang kita akan disegani (bukan untuk dibangga-banggakan) , orang kita dapat membantu sesama kita bagi membolehkan saing-saing yang berada dalam kekurangan dibantu , sekurangnya bagi membolehkan anak-anak mereka meneruskan pelajaran mereka. Untuk nak jadi kaya bukanlah semudah yang pakdo bayangkan, buat kerja kuat kemudian jadi kaya. Beberapa syarat lain lagi perlu dipenuhi untuk jadi kaya kerana pakdo tidak dilahirkan sebagai anak orang kaya. Semasa pakdo muda dulu, pakdo tanya saing pakdo lagu mana kita boleh jadi kaya. Saing pakdo kata kita kena kerja kuat. Setelah kerja kuat tidak juga jadi kaya , hanya sekadar boleh makan sahaja. Ini bermakna ada perkara lain yang perlu disusuli selain daripada kerja kuat. Pakdo lihat seorang tua , mungkin seusia dengan pakdo menyangkul tanah dari pagi ke petang dengan menggunakan cangkul. Sampai petang saing pakdo itu dapat menyangkul dan menimbun tanah yang kelihatan seperti sebuat busut. Kemudian pakdo perhatikan seorang lelaki dalam pertengahan usia (30 - 35) mengaut tanah dengan menggunakan jentera case. dalam sekali kaut sahaja sudah menyamai sehari saing pakdo cangkul tadi. Setelah sehari mengaut, jentera itu dapat menimbun tanah yang kelihatan seperti sebuah bukit. Kemudian pakdo lihat saing-saing pakdo berkerja dan berkerja tanpa mengubah teknik kerjanya , pendapatannya statik sahaja. Manakala yang lainnya berfikir bagaimana menambahbaikkan produk dan berkerja secara berterusan tanpa memandang ke arah kegagalan , lama kelamaan dia semakin berjaya. Tapi bila dia berjaya mulalah buat hal, nak kahwin dua pula.(bukan semua orang seperti saing pakdo yang ini). Pakdo bukan ahli ekonomi, bukan juga ahli perniagaan, tapi pakdo rasalah, kiranya mahukan kejayaan, perkara yang perlu diberi tumpuan dengan sesungguhnya ialah: Bekerja bersungguh-sungguh, ada matlamat yang nyata , berkerja dengan ilmu dan kreativiti, istiqamah dalam berkerja. Sentiasa membaiki kekurangan yang ada atau sentiasa mengemaskininya dan beberapa perkara lain termasuk antaranya doa yang ikhlas.. Dalam asyik berangan-angan , pakdo kadang- kalanya terlupa bahawa sepatutnya pakdo lebih ingati hari dan bulan Muharam lebih daripada ingat bulan Januari . Dan Keazaman sepatutnya dibuat menjelang awal muharam . Pakdo rasa selain pakdo, ramai juga saing-saing pakdo yang tak ingat susunan bulan-bulan hijrah, mana satu bulan satu, bulan dua dan berikutnya. Pakdo copy dan pastekan seperti di bawah untuk rujukan pakdo dan saing pakdo juga. Awal Muharam tahun ini jatuh pada 10 Januari dan pakdo percaya ramai anak-anak saing pakdo terfikir bahawa istimewanya awal Muharam ini adalah kerana boleh bercuti sehari, selepas itu tak lagi merasa apa-apa. 1. Muharram al-Haram <http://ms.wikipedia.org/wiki/Muharram> (dipendekkan kepada Muharram – *محرّم*) - Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam<http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam>, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam. 2. Safar <http://ms.wikipedia.org/wiki/Safar> (*ﺻﻔﺮ*) - Perkataan in bermaksud *tiupan angin*. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka. 3. Rabiul Awal <http://ms.wikipedia.org/wiki/Rabiul_Awal> (*ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ*) - Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan. 4. Rabiul Akhir <http://ms.wikipedia.org/wiki/Rabiul_Akhir> (atau Rabiul thani) (*ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ*/*ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ*) - Bulan kedua musim bunga. 5. Jamadil Awal <http://ms.wikipedia.org/wiki/Jamadil_Awal> (*ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ*) - Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud *kering*. 6. Jamadil Akhir <http://ms.wikipedia.org/wiki/Jamadil_Akhir> (atau Jamadil thani) (*ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ*/*ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ*) - Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu. 7. Rejab <http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejab> (*ﺭﺟﺐ*) - Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai *Rajab al Fard*. Fard bermaksud *keseorangan*; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah. 8. Syaaban <http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaaban> (*ﺷﻌﺒﻦ*) - Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud * berpecah/menyimpang*. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air. 9. Ramadhan <http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadhan> (*ﺭﻣﻀﻦ*) - Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud *batu panas*. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu. 10. Syawal <http://ms.wikipedia.org/wiki/Syawal> (*ﺷﻮﺍﻝ*) - Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, *apabila unta betina bunting*. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu. 11. Zulkaedah <http://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkaedah> (*ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ*) - Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud *untuk duduk*. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula neghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji <http://ms.wikipedia.org/wiki/Haji>. 12. Zulhijjah <http://ms.wikipedia.org/wiki/Zulhijjah> (*ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ*) - Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini. On 1/3/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > saya memang tak dapat teka siapa pakdo. tapi tulisan/amanat pakda tak > pernah ketinggalan untuk direnungi. selama ini tak pernah tak setuju. semua > yang pakda tulis memang betul. maklumlah buah fikiran orang warga emas. > > memang perlu kita angan-angan. angan-angan untuk jadi kaya pun bagus. tapi > setakat angan-angan tak jadi apa-apa. kena usaha. orang Islam perlu kaya > juga, kalau tidak tak merasa nak menunaikan rukun Islam yang kelima. > > dalam bagus tu, ada yang tak bagus.. pakda boleh ulas lagi.. > > *Pakdo <[EMAIL PROTECTED]>* wrote: > > Selepas beberapa hari pakdo tak berjumpa saing-saing pakdo yang sentiasa > dalam ingatan pakdo. > > Pakdo mari juga sebagai menandakan bahawa pakdo masih sihat dan selamat > sejahtera. > > Sedar tak sedar, pakdo dan saing-saing pakdo kini dah berada di tahun baru > 2008, bermakna usia pakdo sekarang ni dah masuk ke paras yang lebih > meruncing dan tak berapa jauh lagi dari penghujungnya. > > Namun begitu usia akan tetap berlalu dan selagi hayat dikandung badan, > pakdo dan saing-saing pakdo yang berusia muda atau seangkatan pakdo sering > saja melupakan tentang meningkatnya usia dan sering merasakan sentiasa muda > dan merasa seakan dapat hidup seratus dua tahun lagi. > > Tak kata kepada orang lain, pakdo sendiri pun yang berusia emas ni, sering > saja mengangankan sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya pakdo angankan, > tidak sepatutnya pakdo igaukan. > > Sebagai contohnya ada dan tentunya ada dari kalangan saing-saing pakdo > yang telah berusia lebih 60-an masih lagi mengangankan wanita yang muda-muda > dan cantik sebagai teman hidupnya. Mungkin angan-angan seperti itu > menunjukkan yang saing pakdo itu sihat rohani dan jasmani. > > Banyak lagi contoh-contoh yang mengambarkan angan-angan yang tidak > berkesudahan, yang miskin mahu jadi kaya, yang kaya mahu jadi lebih kaya, > yang lebih kaya ingin menjadi jutawan dan yang jutawan mahu menjadi lebih > jutawan lagi. > > Mungkin juga azam tahun baru adalah antaranya juga seperti angan-angan , > tapi sebahagiannya sebagai perangsang untuk merangsang agar pakdo dan > saing-saing pakdo berkerja lebih kuat lagi. > > Tapi antara mengejar impian , mengejar keazaman yang belum kesampaian , > ianya perlu diiringi dengan ingatan kepada umur dan usia yang kita tidak > tahu bila-bila masa saja kita boleh meninggalkan angan-angan yang tidak > berkesudahan. > > > > -- > H0rmat selalu daripada Pakdo > > > ------------------------------ > Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it > now.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ+> > > > -- Hrmat selalu daripada Pakdo On 1/3/08, azle abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > saya memang tak dapat teka siapa pakdo. tapi tulisan/amanat pakda tak > pernah ketinggalan untuk direnungi. selama ini tak pernah tak setuju. semua > yang pakda tulis memang betul. maklumlah buah fikiran orang warga emas. > > memang perlu kita angan-angan. angan-angan untuk jadi kaya pun bagus. tapi > setakat angan-angan tak jadi apa-apa. kena usaha. orang Islam perlu kaya > juga, kalau tidak tak merasa nak menunaikan rukun Islam yang kelima. > > dalam bagus tu, ada yang tak bagus.. pakda boleh ulas lagi.. > > *Pakdo <[EMAIL PROTECTED] >* wrote: > > Selepas beberapa hari pakdo tak berjumpa saing-saing pakdo yang sentiasa > dalam ingatan pakdo. > > Pakdo mari juga sebagai menandakan bahawa pakdo masih sihat dan selamat > sejahtera. > > Sedar tak sedar, pakdo dan saing-saing pakdo kini dah berada di tahun baru > 2008, bermakna usia pakdo sekarang ni dah masuk ke paras yang lebih > meruncing dan tak berapa jauh lagi dari penghujungnya. > > Namun begitu usia akan tetap berlalu dan selagi hayat dikandung badan, > pakdo dan saing-saing pakdo yang berusia muda atau seangkatan pakdo sering > saja melupakan tentang meningkatnya usia dan sering merasakan sentiasa muda > dan merasa seakan dapat hidup seratus dua tahun lagi. > > Tak kata kepada orang lain, pakdo sendiri pun yang berusia emas ni, sering > saja mengangankan sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya pakdo angankan, > tidak sepatutnya pakdo igaukan. > > Sebagai contohnya ada dan tentunya ada dari kalangan saing-saing pakdo > yang telah berusia lebih 60-an masih lagi mengangankan wanita yang muda-muda > dan cantik sebagai teman hidupnya. Mungkin angan-angan seperti itu > menunjukkan yang saing pakdo itu sihat rohani dan jasmani. > > Banyak lagi contoh-contoh yang mengambarkan angan-angan yang tidak > berkesudahan, yang miskin mahu jadi kaya, yang kaya mahu jadi lebih kaya, > yang lebih kaya ingin menjadi jutawan dan yang jutawan mahu menjadi lebih > jutawan lagi. > > Mungkin juga azam tahun baru adalah antaranya juga seperti angan-angan , > tapi sebahagiannya sebagai perangsang untuk merangsang agar pakdo dan > saing-saing pakdo berkerja lebih kuat lagi. > > Tapi antara mengejar impian , mengejar keazaman yang belum kesampaian , > ianya perlu diiringi dengan ingatan kepada umur dan usia yang kita tidak > tahu bila-bila masa saja kita boleh meninggalkan angan-angan yang tidak > berkesudahan. > > > > -- > H0rmat selalu daripada Pakdo > > > ------------------------------ > Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it > now.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ+> > > > -- Hrmat selalu daripada Pakdo
