Sdri. Nur Adibah. Kalau dah daftar melalui online, itu sudah dikira sebagai ahli dan saya telah memasukkan e-mel mereka yang mendaftar melalui online ke egroup pesisir dan dapat sama-sama berbincang mengenai bidang penulisan. Apa yang paling penting ialah ada e-mel yang dibuka dan nombor hand phone yang betul semasa pendaftaran dibuat. Tempat tinggal tidak kira sangat. Lain-lain syarat tidak ada sangat. Kami memudahkan urusan kerana kebanyakan rakan-rakan sekarang perlukan semudah mungkin untuk isi borang. Saya percaya dan beranggapan mereka yang isi borang tersebut tentunya daripada kalangan mereka yang berminat dalam penulisan.
Borang keahlian itu telah diprint dan difailkan. Boleh bertanya bagaimana cara nak hantar karya dan sdri. sudah boleh berjuang dalam bidang penulisan bersama pesisir. Tentang nombor ahli tak mengapa. Saya akan buat bila ada kesempatan yang mengizinkan. Cara hantar karya adalah terus kepada penerbit atau kepada editor sesebuah penerbitan. Kerana kalau dihantar melalui pesisir ia berkemungkinan boleh hilang di pertengahan jalan. Dalam surat iringan tu bolehlah sebut sedikit menyatakan sebagai salah seorang ahli pesisir. Tapi pesisir tidak ada sebarang jaminan untuk penyiaran. Tapi kalau karya itu dikirakan bermutu oleh pihak editor, karya itu bakal disiarkan atau diterbitkan. Kalau tulis novel bolehlah tanya pandangan sdr. Editor yang ada bersama kita di egroup ini. Boleh tanya juga penulis yang berpengalaman seperti Hashim Latiff minta cadangan. Kalau nak hantar sajak atau cerpen ke akhbar Berita Minggu boleh juga melalui sdr. Nazmi yang juga barangkali baca e-mel yang kita bincangkan melalui egroup. -- Ediramle Ismail On Thu, January 10, 2008 10:25 am, d_bah88 wrote: hari tu saya sudah daftar sebagai ahli pesisir tapi nombor ahlinya tidak dihantar pun;macam mana saya nak dapatkan nombor ahli tu?macam mana pula caranya jika saya nak hantarkan penulisan saya melalui pesisir?
