Keikhlasan. Suatu perkara yang positif dan patut diamalkan sentiasa agar
apa yang dilakukan itu tidak ada di sebaliknya ini melambangkan kebersihan
jiwa seseorang pengamalnya.

Bantuan, sokongan, pertolongan , sumbangan dan sebagainya yang ikhlas
selalunya tidak mengharapkan balasan yang seumpamanya.

Tapi sejauh manakah batasan keikhlasan yang sewajarnya kita amalkan, atau
ia bergantung kepada kemampuan fikiran dan perasaan seseorang?

Apakah keikhlasan juga ada pada tempat-tempat tertentu sahaja atau berada
di semua tempat dan suasana?

Mohon pandangan.



-- 
Ediramle Ismail



Kirim email ke