Sayang sekali tidak dapat pergi kerana jarak seakan memisahkan kita.
Sebagaimana yang dipetik daripada laman blog Tintarona SATU acara jualan buku dan majalah yang dipercayai akan menghimpunkan 'ulat-ulat buku' secara 'halal' akan diadakan di pejabat dan bilik pameran Utusan Publications & Distributors sdn bhd (UP&D) bermula 21 januari 2008. Acara ini pasti akan mengundang ulat-ulat buku terutama di sekitar Lembah Klang yang akan berpusu-pusu ke no. 1 & 3 Jalan 3/91 A Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Acara yang julung-julung kali diadakan ini akan berkahir pada petang 27 Januari ini. Acara yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 6 petang itu dijangka meriah dengan beberapa tawaran yang di luar dugaan. Selain diskaun hebat sehingga 70%, cabutan bertuah juga turut disediakan.Bestnya!! beli buku dapat hadiah cabutan bertuah lagi. -- malang sekali untuk kakitangan Kumpulan Utusan tidak termasuk!! Semoga anda semua tidak akan melepaskan peluang yang jarang-jarang muncul ini.
