tuntutan kehidupan kadang kala terlalu pelik untuk difikir apabila takdir
menjenguk pastinya hala tuju kita akan berubah mengikut nasib dan
ketentuan yang sukar dirancang dan pastinya memerlukan kekuatan untuk
mendepaninya...di atas titik nasib kita menjadi luarbiasa dari kebiasaan
sebelumnya...


>
>
> Saya dapat rasakan betapa pilu dan sayunya suara rintih sdr Edi. Mmg ada
> kebenarannya apa yang diluahkan oleh sdr Edi itu, tetapi apa boleh buat.
> Semua ini adalah tuntutan hidup. Selagi kita bergelar hamba, selagi itulah
> kita akan dibaling, dilontar, dicampak dan dibuang bagai bola.
> Bagaimanapun, tanpa rencah-rencah ini, hidup kita pasti tidak akan
> lengkap. Kembara dan hijrah pun tidak mempunyai makna dan ertinya lagi.
> Oleh itu, kepada sdr Edi, banyak-banyaklah bersabar. Sdr masih bertuah
> kerana dapat tinggal sebumbung dengan isteri dan anak-anak tersayang...
>
>
>
>
>
> --- On Thu, 1/31/08, Ediramle Ismail  wrote:
>  From: Ediramle Ismail
> Subject: { PESISIR } Terasa kehilangan
> To: [email protected]
> Date: Thursday, January 31, 2008, 9:09 PM
>
>
> Sebagai SU 1 PESISIR ,tahun 2007 dan 2008 merupakan antara tahun yang
> dirasai kehilangan rakan-rakan penting dalam pesisir . Beberapa tenaga
> penting dalam pesisir hari ini seorang demi seorang seakan terpaksa
> berjauhan .
>
> Bermula daripada Sdr. Hashim Latiff yang berhijrah ke Tanah Merah,Eh Deng
> yang bersara, Cheng yang kembara, Sukari yang pergi untuk selamanya,
> kemudian disusuri oleh Hanuman yang gagah perkasa berhijrah ke Selatan ,
> Sekarang saya seakan kehilangan Anuar Musa yang hampir setiap hari
> bertemu serta berbincang tentang penulisan dan pesisir berhijrah ke
> Geting. Pemergian Sdr. Manzaidi ke Selangor bermula 15 Feb 2008 juga satu
> kehilangan yang memberi kesan yang mendalam kepada rakan-rakan di pesisir.
>
> Saya juga seakan kehilangan diri sendiri yang mengubah setting kehidupan
> peribadi yang tidak memasukan perjuangan dalam semua matlamat tahunan
> tahun ini. Berikan peluang untuk saya menukar  gelombang dalam diri yang
> ketika ini seakan kurang teratur.
>
> Bagaimanapun teknologi ICT hari ini dapat menghubungkan kita semua dan
> kita seakan BERTEMU DALAM BERPISAH.
> Dari satu sudut kita bertemu melalui kata-kata dan suara. Di suatu sudut
> lain kita dipisahkan oleh jarak tempat dan tugas . Inilah indahnya
> kehidupan.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>        Be a better friend, newshound, and  know-it-all with Yahoo! Mobile.
>  Try it now.                   


Kirim email ke