Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada sdr. Manzaidi semoga bertambah kesabaran dan kerinduan.Jasa sdr. kepada saya sendiri dan rakan-rakan di pesisir akan sentiasa dikenang
Selepas menjadi warga kota bermakna kena lebih pandai menjaga diri. Rindu kat anak dan rindu kat maknya pastinya kerinduan yang berbeza. Bahasa rindu ni kalau nak diulas tentunya panjang lebar juga . Bahasanya berirama seakan kasih sayang , rasa cinta dan sebagainya. Walau siapa pun kita , sebagai manusia yang kebanyakannya biasa, perasaan ini perlu ada baru kita merasai nilai hidup itu sendiri. Inilah antara warna warni kehidupan yang berkilauan. Edi On Fri, February 15, 2008 9:32 pm, Manzaidi MohdAmin wrote: terima kasih atas makluman ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya telah mula bertugas di tempat baru hari ini (15 Feb / Jumaat) sebagai penolong editor edisi Selangor/Kuala Lumpur. Dengan terpegangnya jawatan ini akan menyukarkan saya untuk kembali ke kelantan kerana menurut bos saya, orang yang naik, tak boleh turun lagi, kecuali makin naik. Ini yang menyedihkan saya kerana jawapannya telah memberi gambaran bahawa selagi khidmat saya diperlukan di sini bermakna saya akan bergelar warga kota. Apapun, saya akan pulang bercuti ke kelantan setiap dua minggu sekali. Balik acap ni kerana 'teramat rindu' sangat-sangat kat anak-anak. Kat mak dia tak lah serindu kat anak-anak..hehehe. Salam bahagia dari saya. Perantau
