Info di bawah saya petik daripada blog Sdr. RMN http://tintarona.blogspot.com
Mungkin ada penjelasan lanjut berhubung perkara ini. Sayembara Fiksyen-Sains Cabang Baru untuk Berkarya Penggiat karya sastera tanah air terutama yang berkecenderungan sains dan teknologi kini berpeluang untuk menceburi satu pertandingan menulis novel berunsurkan sains dan teknologi. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan sedang menganjurkan sayembara tersebut yang mana akan ditutup penyertaannya pada penghujung tahun ini. Hadiah-hadiah wang tunai menarik disediakan untuk setiap pemenang. Antaranya RM 15,000, watikah dan trofi untuk pemenang pertama, tempat kedua (RM7,500, watikah dan trofi), ketiga (RM 5,000 watikah dan trofi) manakala lima pemenang saguhati masing menerima RM500, watikah dan trofi. Bersempena dengan saymebara ini satu bengkel penulisan fiksyen sains dan teknologi akan diadakan pada 6 April bermula 8 pagi di bilik Kelantan, PWTC.
