Selepas Kembara Pulau Delta beberapa peserta beberapa orang peserta mencadangkan untuk satu lagi kembara yang merupakan lanjutan kepada kembara pulau.
Untuk sementara saya letakkan nama Kembara Pantai Delta. Kembara Pantai Delta agak berbeza dengan kembara pulau Delta. Kali ini kami bercadang untuk memulakan kembara sebelah petang . Lebih kurang yang dirancangkan. Hari Khamis malam Jumaat. 3.00 petang , Bertolak dengan boat dari pengkalan Sungai Kok Keli. 3.00 - 3.45 - Menikmati keindahan semula jadi pulau delta sepanjang laluan perjalanan. 3.45 Tiba di Pantai Kuda atau pantai pulau kambing atau pantai-pantai berdekatan. 3.45 Persiapan diri. 4.45 - Menarik pukat, memancing, ronda pantai, merakam foto. 7.20- 8.45 - solat Maghrib - Tazkirah atau ceramah agama, Solat Isyak dan tahlil. 8.45 - Bakar ikan, udang atau ketam (Jika ada) ,memancing, kembara melihat kunang-kunang (jika ada dan berkesempatan). Pertandingan memancing. 10.00 malam - program sembang-sembang. 12.00 - Tidur dibelai bayu laut. 6.00 pagi - Bangun , solat subuh , senaman ringan, sukanneka (kalau sempat) mandi , makan dan minum pagi. 8.00 persiapan untuk bertolak balik. 8.30 Bertolak balik ke pengkalan Kok Keli. - Pergi petang Khamis dan balik pagi Jumaat.
