Betul tu. Kalau kawasan pulau-pulau delta dijadikan kawasan pelancongan, keindahan semulajadi disapu sedikit penyesuaian ia tentunya menjadi sesuatu yang menarik untuk kunjungan.
Kami (NGO) di Kok Pasir telah cuba memohon untuk buat program homestay di sini (Kok Pasir) dan pulau delta merupakan antara salah satu tempat tujuan untuk dikunjungi. Setakat ini semua surat menyurat telah dapat diselesaikan kecuali belum mendapat sokongan TIC dan surat kebenaran membina jeti dari JPS. Saya ingat satu malam sebulan dua yang lalu, ketika kami berbincang tentang perkara ini hingga hampir menjelang pagi dan beberapa orang (ahli penel kampung) sampai tertidur kerana keletihan ketika perbincangan rancak dijalankan. Semoga semua pihak, kerajaan, NGO atau swasta berusaha untuk memajukan pelancongan di Kelantan. Edi gambar-gambar kembara pulau http://kembarapulau08.kokpasir.com On Mon, March 31, 2008 8:59 am, wan zainab saupik wrote: Assalamualaikum... Pengembaraan anda ke delta2 di sungai kelantan mengingatkan saya pada pengembaraan yg pernah saya lalui kira2 30 thn lalu. Masa tu masih di sekolah menengah rendah lagi. Namun keindahan di sepanjang pesisir sungai kelantan masih tidak dpat sya lupa hingga ke hari ini. Pada masa itu sudah terfikir di hati, kenapakah kerajaan negeri tidak menjadikan acara menyusur sungai kelantan ini sebagai produk pelancongan. Saya teringat kunjungan saya ke Kuching baru-baru ini..berkesempatan menaiki Cruise menyusuri sungai Sarawak... Sarawak menjadikan tebing sungainya "Water Front" sebagai tempat pelancongan yg cukup menarik. Saya rasa Kelantan juga dapat menarik pelancong dengan keindahan sungainya...
