Dengan hormatnya sebagai lanjutan kepada program Kembara Pulau Delta http://kembarapulau08.kokpasir.com
Kami akan mengadakan program MEMUKAT PENGALAMAN DI PANTAI MENARA API TUMPAT seperti berikut: Tarikh: 3 April 2008 (Bermula petang Khamis hingga pagi Jumaat) Tempat bertolak: Pengkalan Kok Keli, Tumpat, Kelantan. Masa: 3.30 petang Khamis. Pengangkutan: Motorboat enjin galah. Bayaran penyertaan: RM 10 (untuk kos tambang boat) Makanan dan minuman urusan persendirian dan digalakkan untuk bawa lebih untuk dikongsikan oleh peserta lain. *kami juga bercadang adakan satu lagi perjalanan pada sebelah malam. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar melalui tel: 0129032948 Ediramle atau e-mel [EMAIL PROTECTED] dengan kadar segera sebelum petang Rabu. Acara program: 3.30 - Bacaan doa dan bertolak dari Pengkalan Kok Keli . Berhampiran Gate Kok Keli. 3.30 ptg- 4.15 - Menyusur suasana sungai pulau Delta. 4.15 - Dijangka tiba ke Pantai Rumah Api . 4.20 - Persiapan tempat.(pasang tempat berteduh , khemah kecil dan sebagainya. 4.40 - Solat Asar. 5.00 - Menarik Pukat tarik di lagun. Mencari kepah, sebahagian peserta boleh mamancing dan aktiviti lain. 7.00 mlm- Minum petang . 7.20 - Solat Maghrib - Tazkirah Maulidur Rasul, Solat Isyak, Tahlil dan salawat Maulud. 8.45 mlm - Bakar ikan,udang dan ketam . Makan Malam (Bekalan nasi dibawa secara persendirian) 9.30 malam - Memancing, tarik pukat. 11.00 malam - Sembang-sembang Pantai. 12.30 malam - tidur berulitkan bayu. Kepada yang nak memancing teruskan memancing. 5.30 pagi Jumaat. Bangun pagi, mandi lagun , solat subuh. 6.30 pagi - Riadah, senaman ringan, ronda pantai. 7.00 Sarapan pagi.(kalau ada makanan). 7.30 Gotong royong membersih pantai. 8.30 pagi - Bertolak balik . program lain boleh dicadangkan dan disesuaikan. * Sekiranya ada sumbangan lebih , makan dan minum boleh disediakan. * Kanak-kanak tidak dibenarkan bawa. * Alatan yang sesuai perlu dibawa,seperti khemah kecil (jika ada), lampu suluh, alat untuk memancing(jika ada), pukat (jika ada) , topi, bekalan air minuman, Bekalan nasi dan sebagainya yang difikirkan perlu. * Program ini dibuat secara kemuafakatan. Bayaran hanyalah untuk kos tambang pengangkutan sahaja. Ediramle Ismail
