Orang selalu berbicara pasal kepentingan gunting dalam kehidupan seharian.  
Tanpa gunting tukang jahit tersiksa untuk menjahit pakaian.  Begitu juga dengan 
pelajar sekolah,  juga perlukan gunting untuk menampal gambar di dalam buku 
kerja masing-masing .  Tukang gunting rambut misalnya, masih perlukan gunting 
walaupun di zaman milinium ini tukang gunting menggunakan mesim rambut moden 
yang boleh botakkan kepala seseorang.  Tok mudin, masih lagi menggunakan 
gunting buat bersunat.  Pendek kata gunting tetap penting baik di dalam Negara 
maju mahu pun Negara membangun.  Cuam satu yang musykil di hati,  apakah 
gunting dalam lipatan masih diperlukan lagi dalam kehidupan ini?  

  
        

Kirim email ke