Assalamualaikum
Kebetulan. Baru2 ini saya juga menghadiri program yg sama dengan pendaftar
pertubuhan kl. Banyak pengetahuan yg diperoleh dari siri ceramah yg
disampaikan. Saya rasa setiausaha atau pengerusi pada mana-mana pertubuhan
patut hadir untuk menambah pengetahuan yg sedia ada. Saya sendiri rasanya
mendapat bnyk faedah dalam ceramah tersebut.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Dengan
hormatnya Setiausaha Pesisir, Perintis dan persatuan-persatuan lain
yang mendaftar di bawah akta pertubuhan di daerah Tumpat semoga dapat
hadir.
Ke Program Bertemu Pelanggan yang diadakan oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Negeri Kelantan.
.................................................................
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN
NEGERI KELANTAN Tel. Am 09-7436886
Wisma Sukan, Jalan Telipot. Fax 09-743788 7
15150 Kota Bharu. Kelantan. Tel. Peng: 09-7439889
Surat Kami: PPP/KEL 1185/81(76)
Tarikh : April, 2008
Setiausaha
Persatuan Penulis Tumpat, Kelantan (PESISIR)
445, Belakang Balairaya Chabang Empat
16250 Tumpat
Kelantan
Tuan,
PROGRAM BERTEMU PELANGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGERI KELANTAN DI
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH TUMPAT, KELANTAN
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan Program Bertemu
Pelanggan dengan semua pertubuhan di daerah Tumpat pada tarikh, masa dan
tempat seperti berikut :-
TARIKH : l7hb. April, 2008 (Khamis)
MASA : 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
TEMPAT : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Kelantan
3. Sehubungan dengan itu sukacita tuan/puan atau wakil tuan /puan dijemput
hadir ke program yang tersebut di atas. Bersama-sama ini disertakan
aturcara program berkenaan untuk panduan tuan/puan.
4. Diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, Jabatan ini
mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERSATU MENINGKATKAN KUALITI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(ZAINABAH BT. MOHAMAD)
b.p Penolong Pendaftr P rtubuhan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Negeri Kelantan
ATURCARA PROGRAM BERTEMU PELANGAN
PADA 17 APRIL, 2008
JAM 2.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH TUMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN
AKT1VITI
a) Menjual borang-borang Pertubuhan 1, Pertubuhan 5, dan
Pertubuhan 6
b) Mengedarkan borang-borang Pertubuhan 9 dan Pertubuhan 10/ bA
c) Menerima dan menyemak permohonan barulpindaan undangundang dan penyata
tahunan
d) Menerima surat pennohonan carian
e) Memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan bermasalah bagi Berkaitan
Akta Pertubuhan 1966
between 0000-00-00 and 9999-99-99