Musang sekarang seperti semakin berkurangan dan ancaman kepada ayam
sekarang lebih kepada selsema burung berbanding musang.
Barangkali ada antara remaja dan anak-anak sekarang tidak pernah melihat
musang selain kalau pergi ke taman haiwan untuk melihatnya dalam keadaan
sebenar.
Musang juga banyak jenis seperti musang tenggalung, musang jebat, musang
pandan, musang luwak dan beberapa jenis musang lainnya.
Walaupun mungkin menuju ke arah kepupusan, nama musang akan terus
terkenang kerana di Kelantan perkataan musang tidak asing dan setiap hari
orang tetap menyebutnya.
Edi
On Tue, April 15, 2008 6:36 pm, Siti Aminah Mat wrote:
saya pula hairan kenapa di kaca TV - wanita cantik begitu ramai dgn
pakaian brjenama mahal2 juga , lalu bahagian dada dan paha
terdedah..malunya saya!
-perempuan kampung.
--- Pada Sel, 15/4/08, hashim latiff menulis:
Daripada: hashim latiff
Subjek: { PESISIR } MUSANG
Kepada: [email protected]
Tarikh: Selasa, 15 April , 2008, 9:36 AM
Saya terpegun melihat manusia memakai baju yang cantik-cantik berjenama
mahal. Kadang-kadang ada yang memakai baju dari jenis wool bernilai
ribuan ringgit. Kadang-kadang ada yang memakai kain Jacob berharga juga
ratusan ringgit.
Kadang-kadang teringin di hati saya untuk memiliki semua itu. Namun
apakan daya saya, saya hanyalah kerdil dalam kehidupan ini. Dapat
memakai apa yang saya pakai sekarang juga sudah bersyukur. Kalau kita
imbas dan picingkan mata ke Darfur , pakaian mereka compang camping.
Anak-anak memakai apa yang ada. Apa pun saya rasa mereka juga bersyukur
kerana mereka memiliki pakaian sendiri, yang dibeli dan dijahit dari
usaha sendiri. Mereka cuba memurnikan kehidupan meskipun berpakaian
begitu.
Tetapi saya sedih dan cukup-cukup menyesal bila ayam memberikan bulunya
pada musang, sedangkan dia tahu musang akan memakannya satu hari nanti.
Apakah musang akan bangga bila memakai bulu ayam dan orang memanggilnya
musang berbulu ayam? Hebatkah musang hidup dengan menyamar begitu?