Bukan persoalan otak, tetapi persoalan hati dan kalbu yang berasal daripada roh
yang menjadi raja kepada otak dan seterusnya untuk menggerakkan anggota lain
untuk bertingkahlaku sama ada positif atau pun negatif. Oleh hal yang demikian
santapan rohani perlulah diselesaikan untuk permasalahan tersebut.
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Tue, 15 Apr 2008
20:20:19 +0800Subject: { PESISIR } Re: { KELANTAN-KITA } apa khabar semua
Saya cuba jawab secara kampungan.Perbezaaan antara mereka yang lebih
menggunakan otak kanan berbanding otakkiri.Orang yang mampu menggunakan otak
kiri lebih daripada menggunakan otakkanan selalunya bersikap analitis,
Matematikal, dan berfikir secaralogikal.Berbanding dengan mereka yang lebih
cenderung menggunakan otak kanan yanglebih bersifat intuitif, emotif, kreatif
dan psikotik.Kurang lebihnya mereka yang lebih menggunakan otak kanan
berbanding otakkiri akan mengemari dan berkebolehan dalam bidang yang
membabitkankesenian, penulisan karya sastera, dapat mengemukakan perasaan dan
halusperasaan.Orang berfikir menggunakan otak kanan adalah seorang yang kreatif
dansensitif serta berfikir secara subjektif.Bererti kalau dia belajar dia lebih
gemar belajar sesuatu yang bersifatsubjektif.Hobi yang sesuai untuk mereka
ialah pelukis, penulis novel, penyair,cerpenis, pelakon, penyanyi, tukang
gendang, tukang pembuat serunai,wartawan, pengubah lagu, penulis lirik, tukang
karut dikir barat, perekabentuk dan banyak kerja-kerja yang membabitkan perasan
, gerak hati,kesenian dan kejiwaan. Mereka orang yang banyak idea dan pelbagai
ideayang muncul. Dan mereka adalah bagi saya seorang yang hebat tetapi
tidakdihebatkan.Kalau ibarat TV orang berotak kanan adalah siaran.Sedangkan
hobi dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka yang lebih kekuatan menggunakan
otak kiri pula adalah berkaitan dengan matematik,guru sains,guru matematik,
pengukuran, jurutera, kedoktoran, juru kira, ahli sains, ahli falsafah.
Kebanyakan yang dikerjakan adalah bersifat objektif .Mereka adalah orang hebat
yang dihebatkan.Dalam kehidupan hari ini sistem telah melebihkan mereka yang
menggunakanotak kiri lebih oleh itu kita sering didedahkan kepada
memperkuatkanpenggunaan otak kiri , sehinggalah penumpuan terhadap penggunaan
otakkanan terabai.Kalau ibarat TV orang berotak kiri adalah TV yang tersedia
untuk diisidengan siaran.Jadi kiranya seseorang itu menggunakan kedua-duanya
secara sama kuat makabeliau adalah orang yang cemerlang. sebagai contoh jadilah
ia sebagaiseorang ahli sains yang kreatif.Orang yang mahir menggunakan
kedua-dua otak kiri dan kanan contoh yangsaya terlintas ialah pembuat wau
bulan. Mereka hasilkan wau yang cantikdengan hiasan dan rambu serta busur.
Tetapi mereka juga mahir untukmembuatkan wau itu dapat melayang di angkasa
dengan mantapnya. Wau yangmenarik serta dapat dinaikkan dengan sempurna.Saya
kira saya lebih banyak menggunakan otak kanan berbanding otak kiridalam hal ini
memandangkan saya tidak langsung berkebolehan dalammatematik dan
perkara-perkara yang membabitkan pengiraan.Saya telah cuba uji dengan ujian
yang mudah iaitu saya letakkan tangan dikedua belah paha. Kemudian saya mulakan
menumbuk paha kanan (guna tangankanan)dan pada waktu yang sama mengosok paha
kiri (guna tangan kiri)dengan cepat selama beberapa ketika menukar kepada
tangan kiri menumbukpaha kiri dan tangan kanan mengosok paha kanan juga dengan
pantas dandiulang buat beberapa kali.Setelah seminit dua aktiviti ini dilakukan
dengan cepat dan bergilir-gilirdan kemudiannya berhenti. Apa yang dirasakan
kepala sebelah kiri sayaterasa lenguh dan letih. Saya kira otak kiri saya agak
lambat untukmenerima dan memberi arahan semasa aktiviti ujian yang dijalankan
tadi.Pandangan ini bukannya kajian ilmiah dan mungkin apa yang saya tulis
initidak bertepatan dengan keadaan sebenarnya. Mungkin ada mereka yang
lebihmengerti tentang perkara ini.Berkenaan soalan kedua , setakat ini saya
belum boleh memberikan jawapantentang mereka yang kidal , tapi saya kira ianya
tidak ada kaitan dengankecenderungan menggunakan otak kanan atau otak kiri
kerana kecenderunganini (menggunakan otak kiri atau kanan) lebih kepada perkara
yangmembabitkan aktiviti pemikiran.EdiOn Tue, April 15, 2008 4:20 pm, Ahmad
Shahir Bahruddin wrote:Sesiapa disini boleh ceritakan perbezaan orang yang
berfikir menggunakanotak kanan dan orang yang menggunakan otak kiri. Satu lagi
soalan, adakahorang kidal cenderung menggunakan otak kanan untuk berfikir?
_________________________________________________________________
Get your free suite of Windows Live services today!
http://www.get.live.com/wl/all