Rasa kasih sayang boleh mempengaruhi suhu persekitaran.

Saya tidak  pasti apakah kenyataan ini benar kerana ianya adalah suatu
kenyataan yang terlintas di fikiran secara tidak sengaja.

Rasanya benar juga kerana tenaga yang dikeluarkan oleh rasa kasih sayang
itu begitu dingin dan nyaman serta begitu halus dan lembut .

Energrinya menyerap perlahan-lahan sejara halus dan dapat menyejukkan suhu
badan dan suhu persekitaran.

Sebaliknya rasa kebencian dan kemarahan serta rasa-rasa negatif yang lain
dapat mempengaruhi suhu dan memanaskannya dan membuatkan tidak saja si
pemarah , malah orang-orang yang berada di sekitarnya dalam suasana rasa
tidak selesa.

Rasa benci itu ibarat api yang menyala-nyala dan dengan rakusnya menyambar
objek-objek yang kering termasuk jiwa-jiwa yang kering lalu membakarnya
dan menaikkan suhu persekitaran.




Kirim email ke