Sekali lagi dimaklumkan.

Mesyuarat AJK Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) akan diadakan seperti
berikut:

Tarikh:   3 Mei 2008 ( Sabtu)
Masa:     9.00 pagi
Tempat:   Pejabat Penerangan Daerah Tumpat.
              Tumpat, Kelantan.

Antara agenda.

1. Mesyuarat Agung Tahunan
2. Bengkel puisi dan Deklamasi Puisi Petriotik
3. Pesta Puisi PESISIR/DBPWT.

Kehadiran AJK sekelian adalah sangat diharapkan. Mana-mana ahli atau yang
belum menjadi ahli juga sekiranya berminat untuk memberi sumbangan
pendapat dan tenaga untuk pesisir juga dijemput hadir.


Saya yang menjalankan tugas,


Ediramle Ismail
Setiausaha 2 PESISIR.

Pembahagian tugas. SU1 dan SU2

SU2 - (Pengurusan dalaman berkaitan dengan ahli) Tugasnya adalah
perhubungan dengan AJK dan Ahli. Memanggil AJK Ke Mesyuarat AJK,menjemput
ahli ke mesyuarat Agung, Menyediakan minit mesyuarat AJK memaklumkan
kepada ahli sekiranya ada apa-apa program yang perlu dihadiri oleh
Pesisir.

SU 1 - (Pengurusan Persatuan) Perhubungan dengan pihak luar, Menghantar
penyata tahunan kepada pendaftar pertubuhan, Surat-menyurat kepada pihak
luar. Menyediakan kertas cadangan. Urusan dengan pendaftar pertubuhan.
menyediakan minit mesyuarat Agung.Berhubung dengan persatuan luar,
Badan-badan yang berkaitan dan sebagainya. Menyediakan buku program.
Menyediakan laporan aktiviti setelah aktiviti dijalankan.Draf pindaan
perlembagaan.





Kirim email ke