Saya bagi pihak diri sendiri TIDAK SETUJU dengan pemberian hamper untuk
sesuatu majlis yang bagi saya ianya merupakan satu bentuk pujukan seperti
memujuk budak-budak. Jangan kehadiran hadirin hanya sekadar untuk
mendapatkan hamper dan menunggu persambahan akhir kerana tunggu untuk
mendapatkan hamper tidak tunggu kerana menikmati persembahan
tersebut.Tidak menunggu atas tanggungjawab kepada majlis yang dihadiri
itu.

Budaya bagi hamper ni, bagi saya kurang sihat kerana ianya adalah
adakalanya menjadi adik beradik kepada perjudian nasib dan ianya ada
unsur-unsur paksa rela kepada ajk (yang mendapatkan) dan kepada penyumbang
hamper(yang memberi adakalanya dengan tanpa kerelaan dan keikhlasan).

Bagaimanapun kiranya dalam sukan rakyat kalau hamper itu adalah sebagai
hadiah hasil daripada pertandingan yang disertai itu lain cerita.

Cabutan-cabutan bertuah ni lebih kurang judi juga, kerana mengharapkan
kemenangan tanpa sebarang penat lelah. Kalau membabitkan beli-beli tiket
untuk dapatkan hamper pula ianya boleh dikira sebagai berjudi pula (bukan
menghukum).

Kita mendedahkan masyarakat dengan kemenangan tanpa usaha, mengajarkan
masyarakat untuk menunggu kerana hamper.

Edi



On Mon, May 5, 2008 11:09 pm, Pesisir wrote:
Bila kita ke program dikir barat, ada hamper yang diberikan kepada
pengujung yang banyak membelikan tiket persembahan. Bila kita ke
mesyuaarat PIBG, pun dibaginya hamper sebagai paku penonton. Apa lagi
ke majlis sukan rakyat, sukan bukan rakyat dan sebagainya, waima ke
pertandingan tomoi, juga ada hamper. Pendek kata hamper memainkan
peranan utama mengikat penonton untuk menamatkan sesuatu persembahan
atau mesyuarat. Hamper pun hamperlah asalkan dapat barang free!

Cuba kalau tidak ada hamper, saya rasa penonton sudah lama meninggalkan
kerusi di dalam dewan tersebut, malah ada yang mengatakan bahawa,
daripada mengantuk di dalam dewan baik balik!

Tukan kebun boleh bagi hamper, penoreh getah boleh bui sumbangan
hamper, penarik beca, pencari botol, pencari belut, tokeh ayam, tukang
sembelih, tok menyadap semuanya boleh bui sumbangan hamper tersebut.
Jadi kalaulah rakyat menunggu dengan mulut ter nganga, dengan hati
terbuka akan sesuatau yang diminta untuk kepentingan semua, janganlah
dibagi hamper, kemudian berjanji itu dan ini tanpa menunaikannya,
bagilah apa yang diminta. Hamper hanyalah RM 15 satu. Apakah dengan
hamper seseorang itu boleh dibeli wibawanya?


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try
it now.


--
Posted By Pesisir to PESISIR at 5/05/2008 08:09:00 AM



Kirim email ke